Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seperti yang kita tahu, ibu bapa akan sentiasa memenuhi segala yang kita inginkan tidak kira walau serumit manapun hal tersebut.
Sama dengan kisah pengurus pasukan bola sepak Monterrey, Antonio Mohamed, yang menunaikan janji kepada anaknya untuk kembali ke Monterrey dan memenangi piala bagi kelab tersebut.
Namun, apa yang menyedihkan ialah anaknya itu telah pun meninggal dunia dalam kemalangan kereta yang tragis pada tahun 2006 semasa Piala Dunia di Jerman.

Kemenangan Monterrey menentang Amerika menyaksikan Mohamed memegang erat manik rosario di tangannya dan menangis kerana berjaya menunaikan janji kepada anaknya.
Anak lelaki Mohamed, Farid dibesarkan di Monterrey selepas Mohamed menjadi pemain bagi kelab bola sepak itu di antara tahun 1998-2000.
Mohamed telah berjanji kepada anaknya untuk kembali ke Monterrey dan akan memenangi gelaran tersebut. Janji itu telah ditepati namun ia perlu melalui jalan yang penuh berliku.
Netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi dan juga berasa terharu kerana akhirnya janji telah tertunai.





Sumber: Goal, FutbolBible