Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Anak SPM Dapat Makan Sebelum Masuk Dewan, Ibu Bapa Puji Inisiatif Nutrisel Selangor

nutrisel
Kredit: Threads hayatiabdullah782
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Inisiatif penyediaan makanan menerusi program Nutrisel oleh kerajaan Selangor mendapat sambutan positif daripada ibu bapa apabila anak anak yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang menikmati makanan sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Iklan

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna akaun @hayatiabdullah782 meluahkan rasa syukur dan lega apabila calon SPM dapat menjamu selera terlebih dahulu sebelum memulakan peperiksaan.

Kredit: Threads hayatiabdullah782

Menurutnya, inisiatif berkenaan memberi kelegaan kepada ibu bapa kerana anak anak mereka tidak perlu memasuki dewan peperiksaan dalam keadaan perut kosong.

“Program kerajaan Selangor menerusi Nutrisel ini memang sangat berfungsi. Kami sebagai ibu bapa berasa lega apabila anak anak yang menduduki SPM dapat makan sehingga kenyang sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

“Ini baru kisah di sebuah sekolah yang mempunyai seramai 700 calon SPM dan semuanya mendapat manfaat. Alhamdulillah, terbaik kerajaan Selangor,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, turut disertakan tangkap layar klip video daripada TikTok yang memaparkan suasana pelajar beratur sambil membawa beg sekolah.

Video tersebut turut disertakan dengan mesej khas buat calon peperiksaan berkenaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya apabila meraih lebih 2,900 tanda suka, 42,500 ulang siar serta puluhan komen yang rata rata menyambut baik usaha menjaga kebajikan calon SPM.

Meninjau ruangan komen, pengguna akaun @pinkcesslyanna berkongsi bahawa pelajar di sebuah sekolah di Kuantan turut menerima manfaat penyediaan makanan sepanjang tempoh peperiksaan SPM.

“Sekolah di Kuantan pun sama. Sepanjang SPM, kuih dan nasi semuanya disediakan oleh Menteri Besar. Terima kasih,” kongsinya.

Sementara itu, @pieces_women berharap agar inisiatif seumpama itu dapat diteruskan kerana ia turut membantu ibu bapa yang mungkin tidak berkesempatan menyediakan bekalan makanan untuk anak anak.

“Betul, alhamdulillah. Harap harap kerajaan Selangor teruskan usaha seperti ini. Kadang kadang ibu bapa tidak sempat menyediakan bekal,” responsnya.

Dalam pada itu, @syeen_23 turut berpandangan program berkenaan memberi manfaat kepada pengusaha kantin sekolah.

“Ini juga rezeki untuk pengusaha kantin,” katanya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Program Nutrisel Selangor menyediakan makanan kepada calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.
  • Seorang ibu berkongsi rasa lega kerana anak-anak tidak menduduki peperiksaan dengan perut kosong.
  • Perkongsian itu meraih perhatian warga maya, dengan ramai menyokong kesinambungan inisiatif berkenaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan