Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengarah Filem, Nurhanisham Muhammad Meninggal Dunia

Sofea
Nurhanisham Muhammad
Kredit: Astro Shaw

Pengarah filem, Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis.

Memetik laporan Astro Gempak, berita duka itu disahkan oleh anak saudaranya, Wan Sleep.

Menurutnya, Allahyaraham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 petang di kediamannya di Kuala Selangor.

“Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi di rumahnya di Taman Kuala Selangor Jaya.

"Laporan polis sudah dibuat dan kami masih menunggu pemeriksaan lanjut. Kemungkinan jenazah akan dikebumikan esok pagi,” katanya.

Allahyarham dikenali sebagai pengarah bagi beberapa karya terbitan Astro Shaw.

Antara karyanya ialah filem Malam Terlarang, siri drama X-Change, drama komedi B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit dan filem Wantugo yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber:Gempak