Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peminat Coklat Wajib Cuba, Secret Recipe Perkenal Dark Chocolate Indulgence Cake

Nur Farra

Peminat coklat kini boleh menikmati pengalaman rasa yang lebih ‘kaw’ menerusi kek terbaharu daripada Secret Recipeiaitu Dark Chocolate Indulgence Cake, yang mula ditawarkan di semua cawangan di Semenanjung Malaysia bermula hari ini.

Tampil tepat sempena sambutan Hari Ibu dan pelbagai momen istimewa lain, variasi baharu ini membawakan versi lebih kaya rasa daripada kek popular Chocolate Indulgence®. Ia menggabungkan lapisan kek span koko gelap bersama krim coklat gelap dan krim coklat susu, disaluti salutan coklat premium serta taburan serbuk koko di bahagian atas.

Dihasilkan khas buat penggemar rasa coklat yang lebih pekat dan kurang manis, Dark Chocolate Indulgence Cake mengekalkan tekstur lembap dan berkrim yang menjadi kegemaran ramai, sambil menawarkan rasa koko yang lebih mendalam dalam setiap gigitan.

Bersempena pelancarannya, Secret Recipe turut mengadakan sesi pratonton rasa kepada pelanggan, dengan ramai memuji keseimbangan rasanya, tekstur yang lembut serta rasa coklat yang lebih intens.

Menurut Pengurus Pemasaran Secret Recipe, Ryan Chung, pelanggan mereka sejak sekian lama mahukan pilihan Chocolate Indulgence® yang kurang manis.

“Maklum balas itu memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kaya rasa dan seimbang. Sebab itu kami memperkenalkan Dark Chocolate Indulgence Cake bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan,” katanya.

Tambah beliau lagi, seperti kasih seorang ibu, coklat gelap juga tidak terlalu manis tetapi penuh dengan rasa hangat dan kasih sayang.

“Kami berharap variasi baharu ini dapat mencipta lebih banyak detik manis untuk dinikmati bersama insan tersayang,” ujarnya.

Bermula hari ini, Dark Chocolate Indulgence Cake dijual pada harga RM14.20 sepotong dan RM105 untuk sebiji kek penuh di semua cawangan Semenanjung Malaysia.

Manakala di Langkawi, kek ini ditawarkan pada harga RM13.40 sepotong dan RM99.05 untuk sebiji kek penuh.

Bagi mereka yang mencari pencuci mulut istimewa untuk dikongsi bersama keluarga dan insan tersayang, Dark Chocolate Indulgence Cake menjanjikan pengalaman coklat premium yang sesuai dinikmati dalam pelbagai momen bermakna.

Untuk maklumat lanjut, layari Secret Recipe Malaysia.