Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Veteran, Jalil Hamid Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Jalil Hamid Meninggal Dunia
Kredit; Bernama

Pelakon Veteran, Jalil Hamid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran, Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh anaknya sendiri, Afiqah Jalil menerusi Instagram Story sebentar tadi.

Dalam pada itu, Afiqah memohon orang ramai mendoakan Allahyarham ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah. Ayah dah takda," luahnya.

Difahamkan, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Munawwarah dan proses pengebumian akan dilakukan selepas Asar di Tanah Perkuburan USJ21.

Al-Fatihah..