Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pekerja Pendawaian Elektrik Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuala Terengganu

BERNAMA
Pekerja pendawaian
Kredit: Orang Awam

Pekerja Pendawaian Elektrik Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama) -- Seorang pekerja pendawaian elektrik maut selepas van yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Losong Feri, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa, 18, maut di lokasi kejadian setelah kepalanya terputus dipercayai tertusuk tiang Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata polis menerima laporan pada 4.12 petang yang memaklumkan berlaku kemalangan ngeri membabitkan van jenis Nissan Vanette dan kereta Volkswagen Golf GTI.

"Siasatan awal mendapati kereta Volkswagen Golf GTI yang dinaiki lima sekeluarga dari arah bandar Kuala Terengganu ke Muzium Negeri Terengganu di Losong telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang JKR di tengah jalan.

"Kereta itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dan melanggar van yang dinaiki mangsa serta bapanya. Kemalangan tersebut menyebabkan tiang JKR tumbang dan tembus masuk ke dalam van sebelum menusuk kepala mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:BERNAMA