Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Papa Dah Kritikal”, Perbualan Anak ‘Londeh’ Drama Bapa-Bapa

anak
Kredit: Threads

Bapa sering diibaratkan sebagai payung dalam keluarga. Dialah antara orang yang paling banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi memastikan keperluan anak-anak terjaga.

Iklan

Ada yang keluar bekerja sebelum anak bangun tidur dan hanya pulang selepas mereka lena. Bila anak telefon minta tolong, dia jugalah yang selalunya cuba cari jalan untuk membantu.

Bagi seorang anak, bapa juga antara insan pertama yang dijadikan contoh. Daripadanya, anak belajar cara memikul tanggungjawab, menepati janji dan berdepan dengan masalah.

Kadang-kadang, perkara yang paling diingati ialah pesanan ringkas sebelum keluar rumah atau cara ayah datang membantu tanpa banyak soal.

Tidak dinafikan, ada yang suka mengusik ayah depan-depan, ada pula yang lebih berani menyakat menerusi WhatsApp. Itulah salah satu bentuk hubungan erat terbina yang jarang kita sedar.

Yang kelakarnya, bila dah taip panjang-panjang, ayah balas satu perkataan saja. Tapi satu perkataan itulah yang kadang-kadang buat kita tergelak sebab dia dah faham apa yang kita nak cakap.

“Haihh Soalan Paling Susah Dunia...” - Anak

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads, @alissashafira4, berkongsi tangkap layar perbualannya dengan bapa menerusi WhatsApp.

Setiap Ayah Ada Gaya Tersendiri

Perkongsian itu mencuri perhatian warga maya. Rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi malah berkongsi mesej keakraban bersama bapa masing-masing.

Antara komen pengguna;

Dari situlah terserlah macam-macam ragam bapa, termasuk yang dah boleh faham maksud anak walaupun mesejnya cuma tiga perkataan.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads @alissashafira4 berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama bapanya baru-baru ini.
  • Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang memberi pelbagai reaksi dan berkongsi pengalaman serupa.
  • Artikel menonjolkan ragam bapa yang memahami maksud anak walaupun membalas mesej secara ringkas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan