Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pantai Hospital Ipoh Jalinkan Kerjasama Strategik Bersama SilverGenz

PANTAI

Pantai Hospital Ipoh Jalinkan Kerjasama Strategik Bersama SilverGenz

Pantai Hospital Ipoh (PHI) hari ini secara rasmi melancarkan kerjasama strategik bersama SilverGenz, menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem penjagaan warga emas di Negeri Perak.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sivanesan a/l Achalingam, EXCO Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak.

Kerjasama ini memperkenalkan perkhidmatan careline warga emas bersepadu 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24/7) yang pertama di Perak, bertujuan merapatkan jurang antara rawatan hospital dan penjagaan berterusan di rumah.

Menangani Keperluan Negeri Menua

Seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan demografi negara, keperluan terhadap penjagaan jangka panjang bagi warga emas semakin mendesak.

Melalui kerjasama ini, Pantai Hospital Ipoh memperluaskan peranannya daripada penyedia rawatan hospital kepada peneraju penjagaan kesihatan bersepadu yang merangkumi komuniti dan kediaman pesakit.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ipoh, Ms Yow Huai Mim berkata, “Kerjasama ini bukan sekadar memperkenalkan satu perkhidmatan baharu, tetapi merupakan komitmen Pantai Hospital Ipoh dalam memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan bagi warga emas, dari hospital hingga ke rumah”.

Kesinambungan Penjagaan (Continuity of Care) yang Lebih Menyeluruh

Melalui inisiatif PHI x SilverGenz, pesakit warga emas akan mendapat manfaat seperti:

  • Pemantauan rawatan luka secara profesional

  • Pematuhan pengambilan ubat yang lebih teratur

  • Pemantauan penyakit kronik secara berterusan

  • Sokongan masa nyata kepada ahli keluarga

Pendekatan ini memastikan pesakit tidak lagi terputus daripada sistem penjagaan kesihatan selepas discaj hospital.

Langkah Ke Hadapan Ekosistem Penjagaan Warga Emas

Yang Berhormat Dato’ Sivanesan dalam ucapannya menekankan kepentingan kerjasama seperti ini dalam menangani cabaran masyarakat menua. Beliau mengatakan, “Kerjasama antara Pantai Hospital Ipoh dan SilverGenz ini mencerminkan pendekatan masa hadapan dalam penjagaan kesihatan, lebih bersepadu, berterusan dan berfokus kepada komuniti.”

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan sesebuah negeri bukan sahaja diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga melalui keupayaan menjaga kebajikan golongan yang memerlukan, khususnya warga emas.

Komitmen Berterusan Pantai Hospital Ipoh

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Pantai Hospital Ipoh dalam:

  • Memperkasa penjagaan kesihatan berasaskan komuniti

  • Memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti

  • Membina ekosistem penjagaan warga emas yang mampan

Inisiatif ini juga dijangka menjadi model rujukan bagi pembangunan penjagaan warga emas di negeri-negeri lain pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.silvergenz.com