Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

OPPO Perkenal 60 Bengkel Fotografi Telefon Pintar Di Seluruh Malaysia

OPPO Malaysia memperkenalkan program OPPO Masterclass yang menawarkan 60 sesi bengkel fotografi telefon pintar di enam wilayah seluruh negara bermula 24 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Program yang dikendalikan oleh 40 jurugambar tempatan itu bertujuan membantu rakyat Malaysia daripada pelbagai tahap kemahiran meningkatkan keupayaan fotografi menerusi bimbingan profesional dan latihan secara praktikal.

Menurut kenyataan OPPO Malaysia, inisiatif berkenaan diperkenalkan susulan dapatan kajian syarikat itu yang menunjukkan kebanyakan pengguna hanya memanfaatkan kurang daripada 10 peratus ciri telefon pintar utama (*flagship*) mereka.

Keadaan tersebut menunjukkan masih terdapat jurang antara kemampuan teknologi kamera telefon pintar dengan kemahiran pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri yang tersedia.

Sehubungan itu, OPPO Masterclass memberi tumpuan kepada teknik fotografi seperti komposisi, pencahayaan, warna dan perspektif bagi membantu peserta menghasilkan gambar yang lebih kreatif dan menarik.

Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Qin berkata kemahiran fotografi boleh dipupuk dan dipertingkat melalui latihan serta perkongsian pengetahuan.

“Fotografi yang hebat merupakan kemahiran yang boleh dipupuk, diperhalusi dan dikongsi. Di OPPO, kami percaya setiap individu mempunyai potensi untuk merakam detik yang luar biasa.

“Dengan menghubungkan peminat fotografi bersama golongan profesional industri, kami mahu membantu lebih ramai individu meningkatkan kemahiran, meneroka kreativiti dan melihat dunia melalui perspektif baharu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut OPPO, program itu turut memberi peluang kepada peserta untuk meneroka ciri kamera telefon pintar Find X10 Series, selain mempelajari teknik fotografi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Antara jurugambar yang terlibat sebagai mentor ialah Yusuf Madi, Zairul Puad, Abeden Mung, Amsyar Naaif dan Haziq Zuki.

Dalam pada itu, pelanggan yang membuat prapesanan OPPO Find X10 Series akan menerima pakej OPPO Masterclass Privilege secara percuma bernilai RM1,194.

Pakej berkenaan merangkumi akses kepada enam sesi OPPO Masterclass serta pas membawa seorang rakan bagi setiap sesi.

Pelanggan turut berpeluang mencuba kit Hasselblad Teleconverter untuk Find X10 Series, menyertai cabutan bertuah Studio Wish Entry dan mendapat keutamaan penyertaan bagi program perjalanan tiga hari dua malam ke Sabah.

Bagaimanapun, perjalanan ke Sabah itu dikhususkan kepada 15 pencipta kandungan terbaik yang mencatatkan tahap penglibatan tertinggi.

Bagi orang ramai yang tidak membuat prapesanan, OPPO turut menawarkan Taster Pass bernilai RM398 secara percuma yang membolehkan mereka menyertai dua sesi OPPO Masterclass.

Pas tersebut boleh diperoleh di mana-mana OPPO Brand Store, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempoh prapesanan Find X10 Series akan berakhir pada 29 Oktober 2026.

OPPO Malaysia turut memaklumkan bahawa syarikat itu menguasai kira-kira 19 peratus bahagian pasaran telefon pintar tempatan setakat suku kedua 2026.

Jenama berkenaan juga baru-baru ini melanjutkan kerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai rakan fotografi mudah alih bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai OPPO Masterclass menerusi laman web rasmi www.oppomasterclass.com.my.

Intipati
  • OPPO Malaysia memperkenalkan 60 sesi OPPO Masterclass di enam wilayah seluruh negara.
  • Program itu dikendalikan 40 jurugambar tempatan dengan tumpuan kepada latihan fotografi praktikal.
  • Pelanggan prapesanan Find X10 Series menerima pakej Masterclass Privilege percuma bernilai RM1,194.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan