Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Operasi "Epic Fury" Terhadap Iran Selesai - Rubio

Operasi "Epic Fury"
Kredit: AFP

Operasi "Epic Fury" Terhadap Iran Selesai - Rubio

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, memaklumkan bahawa AS telah menamatkan operasi offensive terhadap Iran, lapor AFP.

Perkembangan terbaru ini sekaligus mengulangi kenyataan yang diberikan kepada Kongres hampir sebulan selepas gencatan senjata rapuh dilaksanakan.

“Operasi itu sudah tamat, Epic Fury, seperti yang dimaklumkan presiden kepada Kongres. Kami sudah selesai dengan fasa itu,” kata Rubio kepada pemberita di White House.

Sebelum itu, White House memaklumkan kepada penggubal undang-undang bahawa perang tersebut telah ditamatkan susulan pelaksanaan gencatan senjata, sekali gus mengelakkan keperluan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran Kongres bagi konflik yang melebihi tempoh 60 hari.

Namun begitu, Donald Trump tetap memberi amaran kepada Iran mengenai tindakan balas besar-besaran sekiranya negara itu menyerang kapal Amerika Syarikat.

Kredit: AFP

Pada Ahad lalu, Trump turut mengumumkan “Project Freedom” untuk membantu kapal keluar dari Selat Hormuz, laluan sempit strategik ke Teluk Parsi yang kini dikuasai Iran sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas negara itu.

“Ini bukan operasi offensive, ini adalah operasi defensive dan maksudnya sangat mudah, tiada tembakan akan dilepaskan melainkan kami ditembak terlebih dahulu," kata Rubio.

Menurutnya lagi, Amerika Syarikat telah mencapai objektif perang tersebut.

“Mereka kini berdepan kemusnahan ekonomi yang sangat dahsyat,” katanya sambil menambah bahawa Trump masih lebih memilih penyelesaian melalui rundingan dengan Iran.

Rubio, yang juga bekas senator Amerika Syarikat, turut menyatakan beliau tidak bersetuju dengan Akta Kuasa Perang 1973 yang mewajibkan presiden memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48 jam selepas menghantar tentera dan mendapatkan kelulusan selepas 60 hari.

“Kami tidak mengiktiraf undang-undang itu sebagai berperlembagaan. Namun begitu, kami tetap mematuhi beberapa elemennya demi mengekalkan hubungan baik dengan Kongres,” katanya.

Kredit: AFP

Imbas kembali, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu, mengorbankan beberapa pemimpin tertinggi serta memusnahkan lokasi penting ketenteraan dan ekonomi negara itu, namun gagal menjatuhkan republik Islam tersebut yang kemudian membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau berkenaan.

Trump pada 8 April lalu mengumumkan gencatan senjata dengan Iran yang kemudiannya dilanjutkan walaupun rundingan dengan Tehran masih menemui jalan buntu.