Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Noor Nabila Dan Engku Emran Selamat Diijabkabulkan, Kini Bergelar Suami Isteri

Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dilaporkan selamat bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin sebentar tadi.

Menurut laporan Astro Awani, majlis pernikahan tersebut dilangsungkan secara tertutup di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Berita gembira berkenaan turut dikongsikan oleh Neelofa menerusi beberapa video yang dimuatnaik di IG Story miliknya.

Engku Emran dilihat menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Menerusi video itu juga, hanya keluarga terdekat sahaja yang dilihat menghadiri majlis pernikahan berkenaan.

Sumber: Astro Awani, IG Story Neelofa