Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nike Lancar But Edisi Khas ‘Gold’ Sempena Rekod Bersejarah Ronaldo

gold
Mercurial Superfly RGN “Gold”

Nike Lancar But Edisi Khas ‘Gold’ Sempena Rekod Bersejarah Ronaldo

Jenama sukan terkenal Nike tampil meraikan pencapaian bersejarah Cristiano Ronaldo dengan memperkenalkan edisi khas but bola Mercurial Superfly RGN “Gold”.

Pelancaran edisi istimewa itu dibuat susulan kejayaan Ronaldo menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang menjaringkan gol dalam enam edisi FIFA World Cup berturut-turut.

Pencapaian itu sekali lagi menghidupkan perdebatan mengenai status pemain terhebat sepanjang zaman (G.O.A.T) antara Ronaldo dan Lionel Messi, lebih-lebih lagi menjelang saingan Piala Dunia 2026.

Nike menerusi keluaran khas itu dilihat mengiktiraf perjalanan panjang Ronaldo bersama siri Mercurial yang sudah sinonim dengan karier antarabangsanya sejak penampilan pertama di Piala Dunia 2006.

Rekaan but berkenaan tampil dengan kemasan emas metalik sepenuhnya, selain logo CR7 pada bahagian tumit dan tapak bawah krom emas yang melambangkan pencapaian bersejarah tersebut.

Tidak menggunakan grafik yang terlalu kompleks, Nike memilih pendekatan ringkas dengan memberi fokus kepada warna emas sebagai simbol kejayaan dan legasi Ronaldo.

Hubungan antara Ronaldo dan Mercurial juga dianggap antara kolaborasi atlet-produk paling ikonik dalam sejarah bola sepak, apabila bintang Portugal itu merekodkan jumlah jaringan terbanyak menggunakan siri but berkenaan sepanjang kariernya.

But Nike CR7 Mercurial Superfly RGN “Gold” dijadualkan mula dijual di seluruh dunia menerusi laman rasmi Nike dan beberapa pengedar terpilih bermula 24 Jun ini.