NESCAFÉ baru-baru ini memperkenalkan “Projek Hidupkan Duniamu,” sebuah inisiatif pemerkasaan belia dengan komitmen pelaburan sehingga RM500,000 untuk membantu anak muda Malaysia mengubah minat mereka menjadi peluang kerjaya yang lebih mampan. Diinspirasikan oleh kisah perjalanan, ketabahan dan keazaman yang diketengahkan menerusi kempen “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersemangat Bersama” yang menghubungkan jenama ini dengan komuniti dan barisan petugas hadapan di seluruh Malaysia, NESCAFÉ mendapati bahawa keazaman anak muda Malaysia dalam mengejar aspirasi lebih menyerlah disamping perlu mengimbangi pelajaran, kerjaya dan tanggungjawab kewangan.
Memandangkan sekadar mempunyai minat belum tentu mencukupi, NESCAFÉ mengambil inisiatif menyediakan sokongan menyeluruh bagi membantu generasi muda mengorak langkah bagi merealisasikan impian mereka. Berteraskan Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme – NYEP), program intensif selama enam bulan ini bakal menyalurkan sokongan kewangan, bimbingan serta platform khusus kepada anak muda Malaysia yang terpilih untuk membina dan membangunkan perniagaan baharu mereka sendiri.
Program ini akan menyokong para peserta melalui tiga pendekatan bermakna. Pertama, memberikan bantuan kewangan yang boleh memberi ruang dan fleksibiliti kepada golongan muda untuk mengejar aspirasi mereka. Kedua, menghubungkan mereka dengan mentor yang berdedikasi untuk membimbing mereka sepanjang perjalanan. Ketiga, menyediakan platform untuk mereka berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan serta memberi inspirasi kepada generasi muda yang lain. Melalui pendekatan menyeluruh ini, NESCAFÉ berhasrat membantu merapatkan jurang antara minat dan peluang kerjaya yang lebih mampan serta menyokong mereka dalam mencapai impian masing-masing.
Berteraskan falsafah global NESCAFÉ Make Your World, “Projek Hidupkan Duniamu” berlandaskan kepercayaan bahawa setiap individu wajar diberi peluang untuk mengejar aspirasi yang memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka.
“Melalui penglibatan kami bersama komuniti dan barisan petugas hadapan di seluruh Malaysia, kami berpeluang menyaksikan ketabahan dan keazaman mereka dalam membantu orang ramai mengatasi cabaran serta mencapai apa yang paling bermakna bagi mereka. tetapi ia memerlukan akses kepada peluang yang boleh mendatangkan perubahan. Melalui Projek Hidupkan Duniamu, kami berharap dapat menyediakan anak muda Malaysia dengan keyakinan, sokongan dan peluang yang diperlukan untuk mengorak langkah signifikan ke arah masa depan mereka,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei.
Anak muda Malaysia yang ingin merealisasikan aspirasi mereka dikehendaki menghantar video TikTok berdurasi 60 saat dan menerangkan mengapa mereka layak menyertai program ini. Permohonan akan dibuka mulai 1 Oktober bersempena Bulan Kopi Antarabangsa. Orang ramai yang berminat boleh mengikuti saluran media sosial NESCAFÉ Malaysia atau siri jelajah NESCAFÉ yang akan datang bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses permohonan, kriteria pemilihan dan sokongan kewangan yang tersedia di bawah inisiatif Projek Hidupkan Duniamu.
Bagi meraikan kisah-kisah ini dan menyemarakkan semangat Hidupkan Duniamu, NESCAFÉ menganjurkan acara “Hidupkan Duniamu Bersama NESCAFÉ” dari 8 hingga 13 September di Lower Ground East Court, IOI City Mall Putrajaya. Para pengunjung berpeluang berinteraksi dengan barisan petugas hadapan dan wakil komuniti yang memberi inspirasi, menyertai aktiviti interaktif serta meneroka rangkaian terbaru NESCAFÉ, termasuk NESCAFÉ Espresso Concentrate NESCAFÉ Spanish Latte dan NESCAFÉ Tiramisu Latte. Acara ini turut menampilkan kemunculan rakan selebriti NESCAFÉ, Black Hanifah dan Yusof Hashim.
NESCAFÉ akan terus menyemarakkan semangat di kalangan komuniti di seluruh Malaysia menerusi siri jelajah “Hidupkan Duniamu Bersama NESCAFÉ” yang akan datang, termasuk di Sunway Pyramid dan Queensbay Mall.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.nescafe.com.my, Facebook di NESCAFÉ Malaysia (facebook.com/Nescafe.MY) dan Instagram di @nescafe_my.

