Kuala Lumpur, 6 November 2026 – Dengan kira-kira 10,000 kanak-kanak berusiadi bawah enam tahun berdaftar sebagai individu autisme di seluruh negara, selaintempoh menunggu terapi yang panjang, Early Autism Project Malaysia (EAP) telahmelancarkan aplikasi percuma bagi membantu keluarga menyokong kanak-kanakautisme di rumah.
Aplikasi Autism at Home telah dilancarkan pada 5 November oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), sempena Majlis GalaPengumpulan Dana Ulang Tahun ke-20 EAP. Tersedia dalam Bahasa Inggeris danBahasa Malaysia, aplikasi ini menyediakan pelbagai bahan visual, alat dan sumber praktikal untuk kegunaan harian ibu bapa, penjaga dan pendidik. Aplikasi ini bolehdimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store.

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), berkata: “Sehingga Oktober 2026, kira-kira 99,000 individu autisme telah berdaftar di seluruh negara dan memiliki kad OKU, termasuk kira-kira 10,000 kanak-kanakberusia di bawah enam tahun. Selama ini, peningkatan kesedaran telah membantulebih ramai keluarga mengenal pasti autisme dan tampil untuk mendaftarkan anak- anak mereka, namun masih banyak yang perlu dilakukan. Kita memerlukankepakaran ini di sekolah-sekolah, kawasan luar bandar dan kampung-kampungdi seluruh Malaysia supaya sokongan dan pengetahuan tidak hanya terhad kepadakeluarga yang mampu mendapatkan perkhidmatan swasta.”
Beliau menambah bahawa kerajaan sedang mengambil langkah untukmemperluaskan sokongan, termasuk melalui peruntukan khas yang diumumkantahun lalu bagi menubuhkan pusat autisme di setiap negeri. Baru-baruini, Belanjawan 2027 turut mengumumkan rancangan untuk membina dua pusat Permata Kurnia di Pahang dan Melaka bagi menyediakan pendidikan, sokongandanlatihan untuk kanak-kanak autisme, selain membuka lebih 130 kelas Tabika TunasIstimewa di kawasan luar bandar di seluruh negara bagi memperluaskan akseskepada sokongan awal untuk kanak-kanak autisme daripada keluargaberpendapatan rendah.
Sistem penjagaan autisme di Malaysia masih berdepan tekanan, dengan tempohmenunggu yang panjang untuk mendapatkan terapi serta kekurangan tenagaprofesional terlatih. Aplikasi ini menawarkan satu lagi saluran kepada keluarga untukmendapatkan panduan dan sumber berkaitan autisme, khususnya apabila sokonganprofesional tidak mudah diperoleh.
Aplikasi ini dibangunkan berasaskan platform digital Autism at Home sedia adamilikEAP, yang kini mempunyai lebih 4,000 pelanggan dan kira-kira 2,000 penggunaaktif. Ia menghimpunkan pelbagai ciri yang direka untuk menyokong komunikasi, pemahaman dan rutin harian kanak-kanak. Antaranya termasuk alat untukmembantu kanak-kanak memahami jangkaan, jadual visual, sokongan komunikasi bagi mereka yang tidak berkomunikasi secara lisan, cerita sosial dan videopendidikan. Sebuah chatbot turut disediakan bagi membantu penggunamendapatkan panduan dan sumber yang berkaitan.


Pengarah EAP, Jochebed Isaacs, berkata: “Melalui aplikasi Autismat Home, kami berharap dapat menjangkau 5,000 keluarga dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan sasaran jangka panjang sebanyak 20,000 muat turun aplikasi dalamtempohlima tahun. Kami memahami bahawa ibu bapa sering berdepan cabaran dalammenyokong pertuturan dan komunikasi anak mereka, menguruskan tingkahlakuserta membina keupayaan untuk berdikari. Aplikasi ini menyediakan sumber praktikal untuk membantu mereka menghadapi cabaran tersebut dan memberi mereka lebihkeyakinan dalam menyokong perkembangan anak-anak di rumah.”
Setakat ini, EAP telah mengumpul lebih daripada RM200,000 bagi menyokongpembangunan dan penyelenggaraan berterusan aplikasi Autism at Home. Danayang dikumpulkan akan digunakan untuk membangunkan dan menambah baik ciri serta kandungan aplikasi, menampung penyelenggaraan teknikal dan kemas kini berterusan, serta memastikan aplikasi ini kekal percuma tanpa sebarang yuranlangganan.
Majlis Gala Pengumpulan Dana tersebut turut menandakan ulang tahun ke-10cabang bukan berasaskan keuntungan EAP, The Hope Project (THP), yang telahmenjangkau lebih daripada 1,600 kanak-kanak melalui perkhidmatan bersubsidi, biasiswa dan program sokongannya. Kempen kesedaran THP pula telah memberi impak kepada lebih daripada satu juta individu.
Ditubuhkan pada tahun 2006, EAP merupakan perintis dalam intervensi berasaskanAnalisis Tingkah Laku Gunaan atau Applied Behaviour Analysis (ABA) di Malaysia. Berpandukan visinya untuk membawa harapan ke setiap rumah, EAP menyediakanterapi, penilaian diagnostik dan perkembangan, latihan profesional serta advokasi. Sepanjang 20 tahun, EAP telah menyokong lebih daripada 1,500 individu autismedan keluarga mereka dari lebih 40 negara.
