Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NESCAFÉ Beri Sokongan 30 Jam Untuk Pulihkan Tenaga Kakitangan Barisan Hadapan Hospital

BERI

NESCAFÉ Beri Sokongan 30 Jam Untuk Pulihkan Tenaga Kakitangan Barisan Hadapan Hospital

Setia berbakti dan sedia berkhidmat sepanjang masa, dengan rehat yang terhad dan daya tahan yang sentiasa teruji, kakitangan penjagaan kesihatan barisan hadapan Malaysia terus memenuhi keperluan pesakit, setiap hari.

Sebagai tanda penghargaan dan solidariti kepada mereka, NESCAFÉ telah membawa kempen “NESCAFÉ Dulu & Kekal Bersemangat Bersama” ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, dalam inisiatif selama 30 jam yang bertujuan untuk memulihkan tenaga mereka yang memenuhi keperluan kesihatan negara, menjadikannya persinggahan kedua dalam misi lebih luas untuk menyuntik semangat rakyat Malaysia di seluruh negara. 

Sebagai jenama kopi segera runcit No. 1 Malaysia, NESCAFÉ yakin setiap hari menjanjikan sesuatu yang lebih hebat iaitu peluang untuk memberi inspirasi dan sumbangan yang bermakna.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen NESCAFÉ untuk meraikan kisah harian rakyat Malaysia, memberi penghormatan kepada mereka yang menunjukkan daya tahan, kesungguhan dan kekuatan bersama, sambil menyokong kakitangan barisan hadapan yang terus menjadi benteng negara serta setia menabur bakti. 

Menyedari cabaran besar yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan di hospital, NESCAFÉ berganding bahu dengan HSA, institusi perubatan terbesar di selatan Semenanjung Malaysia, dalam menyokong komuniti kakitangan barisan hadapan.

Dari jam 6 pagi pada 11 Jun hingga 12 tengah hari pada 12 Jun, NESCAFÉ telah membuka stesen pemulihan tenaga secara strategik di tempat-tempat tumpuan kakitangan, untuk mengedarkan 36,000 hidangan minuman NESCAFÉ, termasuk NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3-in-1, dan tin minuman.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi nikmat secawan kopi tetapi juga menyuntik semangat, memulihkan tenaga dan menandakan penghargaan kepada mereka yang bekerja keras di belakang tabir.

“Di NESCAFÉ, kami percaya bahawa penghargaan sebenar melangkaui sekadar ungkapan kata tetapi juga dengan memberikan sesuatu yang ikhlas dan bermakna melalui sokongan buat mereka yang sentiasa berjuang dan berkorban pada setiap hari."

"Usaha pada hari ini merupakan satu daripada pelbagai langkah dalam misi kami untuk memulihkan tenaga dan menyuntik semangat rakyat Malaysia setiap hari dan kami ingin menyantuni lebih ramai kakitangan barisan hadapan sepanjang tahun ini,” kata Khoo Sui Ying, Pengurus Pemasaran Pengguna, NESCAFÉ Malaysia. 

Pada hakikatnya, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan NESCAFÉ untuk menambah baik kehidupan dan menyatupadukan komuniti Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada pelbagai usaha untuk memulihkan tenaga rakyat Malaysia di seluruh negara, NESCAFÉ terus membina hubungan bermakna dan menyuntik semangat juang negara untuk mara ke hadapan dengan nikmat secawan kopi. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.nescafe.com.my, Facebook di NESCAFÉ Malaysia (facebook.com/Nescafe.MY) dan Instagram di @nescafe_my.