Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nampak Tak Logik, 3 Beradik Kalut Tunaikan Hajat Setelah Pemergian Mak, Sekali Ada ‘Plot Twist’
Bagi sesetengah keluarga, kehadiran seorang ibu sangat memberi sinar kepada segala isi di dalam rumah itu. Ada yang menganggap rumah tanpa emak boleh menjadikan rumah tersebut sedikit huru-hara. Mana tidaknya, emak lah orangnya yang tahu segala selok belok rumahnya, di mana letak peralatan-peralatan dan juga apa yang perlu dibuat.
Kalau bukan emak yang masuk dapur, pasti orang itu terkial-kial mencari peralatan memasak yang diperlukan. Samalah jika berkaitan tentang penyediaan juadah, pasti akan alami kesukaran di dapur jika tanpa emak.
Situasi ini mirip seperti satu video menarik yang baru saja diterbitkan oleh FELCRA, yang mana plotnya menjadi kelam kabut apabila si bapa telah mengarahkan 3 orang anaknya untuk menunaikan hajat Aidilfitri ibu mereka sebelum pergi. Apa yang membuatkan situasi menjadi huru hara apabila si bapa meminta untuk tunaikan ia dalam tempoh 24 jam.

Tapi apakah hajat si emak?
Sebenarnya, sempena raya tahun ini, emak hanya berhajat mahu keluarganya menyambut raya dengan penuh meriah walaupun tanpa keberadaan dirinya bersama mereka lagi. Jadi, tiga beradik ini dalam keterpaksaan perlu akur dengan perkara tersebut dan bergegas buat persediaan untuk sediakan juadah.
Jika sebelum ini emak yang buatkan, tapi bila ibu tiada, macam-macam pula yang berlaku. Namun, apa yang lebih mengejutkan dan paling tak logik, rupanya ada ‘plot twist’ di hujung video. Nak tahu apa dia, memang kena tonton video ni dari awal sampai habis, barulah mesej sampai.
Kalau diikutkan, beginilah iklan raya kan? Cukup sebuah keluarga, dari sahur yang kecoh, hinggalah ke raya yang tetap diraikan dengan penuh makna. Dari awal video lagi FELCRA telah memaparkan produk yang membuktikan kini FELCRA Berhad telah menceburi bidang keterjaminan makanan, setelah berjaya dalam bidang perladangan.
Perkara tersebut juga membawa kepada prestasi 2025 FELCRA yang terbaik. Seiring dengan Agihan Keuntungan Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P), sekali lagi membuktikan bahawa FELCRA Berhad sangat menumpukan perhatian dalam meningkatkan kualiti mereka.
FELCRA Berhad pada 7 Mac telah mengumumkan Agihan Akhir Keuntungan Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berjumlah RM302,912,987 yang melibatkan 71,680 peserta di seluruh negara. Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan agihan keuntungan tahun 2025 sebanyak 632,757,777 dan ia merangkumi interim, agihan bulanan dan agihan akhir kepada peserta.
Lebih manis, kejayaan ini hadir ketika FELCRA menyambut ulang tahun penubuhan ke-60 (Jubli Intan). Prestasi kukuh ini didorong oleh peningkatan harga komoditii dan pengukuhan produktiviti ladang khususnya sawit. Dari segi produktiviti, hasil per hektar ladang juga meningkat daripada kepada 18.15 tan metrik sehektar, iaitu pertumbuhan 6.6%. Walaupun terdapat peningkatan kos pengurusan secara sederhana, kadar pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi telah memperkukuh margin keuntungan keseluruhan projek.
FELCRA Berhad telah banyak menempa nama tidak kira di luar negara mahupun di dalam negara. Kali ini, FELCRA datang dengan video yang pada mulanya disangkakan tidak logik, tapi menemui jawapannya setelah ‘plot twist. Sudah terang lagi bersuluh, video itu juga terkandung dengan mesej tersendiri dan tersirat. Nak tahu lanjut tentang perkembangan terbaru Felcra, boleh layari laman sosial Felcra di pelbagai platform iaitu Facebook dan Instagram