Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nampak Masih Aktif, Ramai Pemilik Tak Sedar Kucing Mereka Sudah Masuk Fasa "Senior"
Ramai pemilik kucing menyangka haiwan peliharaan mereka masih berada dalam fasa muda hanya kerana kelihatan aktif, gemar bermain dan mempunyai selera makan yang baik.
Namun begitu, kadar penuaan kucing tidak sama seperti manusia.
Dalam dunia kucing, pertambahan usia berlaku dengan lebih cepat terutama pada tahun-tahun awal kehidupannya.
Sebagai contoh, seekor kucing yang baru berusia setahun sebenarnya sudah boleh diibaratkan seperti remaja akhir atau dewasa muda dalam umur manusia.
Justeru, hari ini SK ingin kongsikan anggaran umur kucing mengikut usia manusia daripada Public Health Malaysia.
Ramai sangka kucing mereka masih “muda” sebab nampak aktif, suka bermain, selera makan pun masih baik.
Tapi sebenarnya, umur kucing bergerak lebih laju daripada yang kita sangka.
Kucing berumur 2 tahun sudah kira-kira bersamaan 24 tahun umur manusia.
Selepas itu, setiap 1 tahun umur kucing boleh diibaratkan bertambah lebih kurang 4 tahun umur manusia.

Anggaran mudah:
Umur kucing anggaran umur manusia
1 bulan = 1 tahun
3 bulan = 4 tahun
6 bulan = 10 tahun
1 tahun = 15 tahun
2 tahun = 24 tahun
3 tahun = 28 tahun
4 tahun = 32 tahun
5 tahun = 36 tahun
6 tahun = 40 tahun
7 tahun = 44 tahun
8 tahun = 48 tahun
9 tahun = 52 tahun
10 tahun = 56 tahun
11 tahun = 60 tahun
12 tahun = 64 tahun
13 tahun = 68 tahun
14 tahun = 72 tahun
15 tahun = 76 tahun
16 tahun = 80 tahun
17 tahun = 84 tahun
18 tahun = 88 tahun
19 tahun = 92 tahun
20 tahun = 96 tahun
Sebab itu, kucing umur 8, 10 atau 12 tahun bukan sekadar “kucing lama”.
Mereka sebenarnya sedang masuk fasa matang dan warga emas.
Dalam fasa ini, mereka lebih berisiko mengalami masalah buah pinggang, gigi, sendi, berat badan dan perubahan tingkah laku yang kadang-kadang kita terlepas pandang.
Kalau kucing anda nampak sihat hari ini, itu satu rezeki. Tapi jangan tunggu dia nampak sakit baru kita lebih peka.
Kadang-kadang, teman yang tidur sebelah kita setiap malam itu sebenarnya sudah jauh lebih tua daripada yang kita sangka.
Jagalah dia baik-baik, sebab dia sedang menua perlahan-lahan di depan mata kita.
