Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nak Ke Pantai Timur Naik ECRL? Ini Senarai Tambang Mengikut Destinasi

ECRL
Kredit: MRL

Berita baik buat anda yang merancang perjalanan ke Pantai Timur apabila Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menawarkan pilihan pengangkutan baharu dengan tambang kelas Ekonomi bermula RM60 sehala.

Menerusi pengumuman terbaharu, tambang permulaan bagi perjalanan dari Gombak ke destinasi utama seperti KotaSAS di Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu ditetapkan mengikut jenis perkhidmatan yang dipilih.

Jadi, buat anda yang ingin merancang perjalanan ke Kelantan atau negeri Pantai Timur yang lain, berikut ialah senarai tambang permulaan ECRL mengikut destinasi.

Kredit: Facebook Mohamad Zaini Salleh

Senarai Tambang ECRL Dari Gombak Ke Pantai Timur

1. Gombak Ke Kota Bharu

Jarak perjalanan: 523 kilometer

• Transit: Bermula RM125 sehala

• Ekspres: Bermula RM147 sehala

2. Gombak Ke Kuala Terengganu

Jarak perjalanan: 378 kilometer

• Transit: Bermula RM95 sehala

• Ekspres: Bermula RM110 sehala

3. Gombak Ke KotaSAS, Kuantan

Jarak perjalanan: 209 kilometer

• Transit: Bermula RM60 sehala

• Ekspres: Bermula RM68 sehala

Kadar tambang permulaan yang sama turut terpakai bagi perjalanan arah bertentangan.

Kredit: Facebook Mohamad Zaini Salleh

Apa Perbezaan Perkhidmatan Transit Dan Ekspres?

ECRL menawarkan dua jenis perkhidmatan utama bagi memenuhi keperluan perjalanan penumpang.

Perkhidmatan Transit akan berhenti di setiap stesen yang dijadualkan sepanjang laluan, manakala perkhidmatan Ekspres hanya berhenti di empat stesen utama iaitu Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Pemilihan perkhidmatan boleh dibuat berdasarkan destinasi, masa perjalanan dan keperluan masing masing.

Tambang Boleh Berubah Mengikut Permintaan

Untuk makluman, harga yang dinyatakan merupakan tambang permulaan bagi perjalanan sehala kelas Ekonomi.

Menerusi mekanisme tambang dinamik yang diluluskan kerajaan pada 16 Oktober 2026, harga tiket boleh berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.

Selain kelas Ekonomi, penumpang turut mempunyai pilihan kelas Ekonomi Premium dan kelas Perniagaan.

Kredit: Facebook Mohamad Zaini Salleh

Diskaun Untuk Kanak Kanak, Warga Emas Dan Pelajar

Dalam masa sama, diskaun khas turut ditawarkan kepada golongan tertentu bagi membantu mengurangkan kos perjalanan.

Antaranya ialah diskaun 50 peratus untuk kanak kanak berumur dua hingga 12 tahun, warga emas warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesara kerajaan.

Pelajar berumur 13 hingga 24 tahun pula layak menikmati diskaun sebanyak 40 peratus.

Penjualan tiket rasmi dijadualkan bermula pada pertengahan November 2026, manakala operasi komersial penumpang disasarkan bermula pada pertengahan Disember ini, tertakluk kepada kelulusan keselamatan berkaitan.

Justeru, buat anda yang merancang perjalanan ke Pantai Timur, bolehlah menyemak tambang mengikut destinasi dan memilih perkhidmatan yang bersesuaian.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi ECRL di www.ecrl.com.my.

Intipati
  • Tambang Ekonomi ECRL dari Gombak ke Pantai Timur bermula RM60 hingga RM147 sehala.
  • Perkhidmatan Transit berhenti di setiap stesen, manakala Ekspres hanya di empat stesen utama.
  • Tiket rasmi dijadualkan dijual pertengahan November 2026, tertakluk kelulusan keselamatan berkaitan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan