Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nak Elak 'Jem', Ini 'Jadual Khusus' Balik Kampung Bagi Orang Pantai Timur

Adib Haiqal
Balik Kampung
Kredit: Bernama

Nak Elak 'Jem', Ini 'Jadual Khusus' Balik Kampung Bagi Orang Pantai Timur

Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, suasana di lebuh raya pastinya akan kembali meriah apabila ramai yang mula mengatur langkah pulang ke kampung halaman demi meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Perjalanan jauh sempena musim perayaan ini sering kali membawa bersama cabaran tersendiri. Peningkatan jumlah kenderaan yang boleh menyebabkan kesesakan di laluan utama, terutama pada waktu puncak.

Situasi ini membuatkan ramai pengguna jalan raya cenderung memilih waktu perjalanan yang lebih sesuai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memastikan perjalanan lebih selesa serta lancar.

Susulan itu, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berkongsi beberapa cadangan waktu bagi memastikan aliran trafik.

Khusunya di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) kekal lancar mengikut Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah.

Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya AidilAdha 2026

Dari Kuala Lumpur/ Selangor 23, 24 & 26 Mei 2026 (Sabtu, Ahad & Selasa)

Ke Pahang

  • 10.00 pagi - 2.00 petang atau 4.00 petang - 6.00 petang (Masuk di Plaza Tol Gombak)

Ke Terengganu

  • 8.00 pagi - 10.00 pagi atau 6.00 petang - 8.00 malam (Masuk di Plaza Tol Gombak)

Ke Kelantan

  • 6.00 pagi - 8.00 pagi atau 8.00 malam - 10.00 malam (Masuk di Plaza Tol Gombak)

Perjalanan Pulang Ke Kuala Lumpur / Selangor 1 & 2 Jun 2026 (Isnin & Selasa)

Dari Pahang (Masuk di semua Plaza Tol)

  • 6.00 pagi - 10.00 pagi atau 7.00 malam - 11.00 malam

Dari Terengganu (Masuk di Plaza Tol Jabor)

  • 11.00 pagi - 2.00 petang atau 8.00 malam - 10.00 malam

Dari Kelantan (Masuk di Plaza Tol Bentong)

  • 6.00 petang - 9.00 malam atau 11.00 malam - 12.00 tengah malam

Kredit: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook

Waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur yang memasuki Plaza Tol Gombak adalah seperti berikut:

  • Sesi Pagi: Jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari

  • Sesi Malam: Jam 9.30 malam sehingga 12.00 tengah malam

Kenderaan ringan disarankan untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak pada waktu-waktu tersebut bagi mengurangkan kesesakan dengan bas ekspres.

Pengguna juga disarankan untuk mengelakkan waktu puncak bagi mengurangkan risiko kesesakan teruk, selain sentiasa peka terhadap keadaan trafik semasa melalui paparan atau pengumuman pihak berkuasa lebuh raya.

Pada masa yang sama, aspek keselamatan perlu diutamakan dengan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, mendapatkan rehat secukupnya, dan sentiasa memandu secara berhemah.

Perjalanan yang dirancang dengan baik bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah memastikan semua tiba ke destinasi dengan selamat.