Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs Negeri Sabah 2026 dengan kerjasama PERKESO bakal berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), menghimpunkan kira-kira 50 majikan terkemuka daripada pelbagai industri bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Program anjuran MYFutureJobs ini memberi peluang kepada pencari kerja untuk bertemu secara terus dengan majikan, mendapatkan maklumat kerjaya serta meneroka pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan dalam sektor perhotelan, peruncitan, minyak dan gas, logistik, perkilangan, tenaga, perkhidmatan dan banyak lagi.
Antara majikan yang terlibat termasuklah AEON, IHT Rehab, SD Guthrie, Shopee, Top Glove, Club Med, Hartalega, ND Paper Malaysia, Kinabalu North Shipyard & Maritime, Sushi King, Sabah Electricity, Sheraton Kota Kinabalu, Pavilion Hotel Kuala Lumpur serta banyak lagi seperti yang di bawah, selain pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa lain yang turut mengambil bahagian sepanjang karnival berlangsung.


Karnival ini akan berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan dijangka menjadi platform terbaik buat graduan, lepasan sekolah, pencari kerja serta individu yang ingin mencari peluang kerjaya baharu.
Orang ramai yang berminat disarankan untuk membuat pendaftaran awal melalui pautan berikut, klik link atau 'scan' QR di bawah:
MYFutureJobs Sabah Career Fair
