Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Murid Tahun 2 Maut Dipercayai Dilanggar Van Depan Pagar Sekolah
BATU PAHAT -- Seorang murid Tahun Dua berusia lapan tahun maut selepas dipercayai dilanggar sebuah van dalam kejadian di hadapan pintu pagar utama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu ketika sebuah van dari arah dalam kawasan sekolah keluar menuju ke lokasi kejadian sebelum melanggar mangsa yang sedang berjalan kaki di hadapan pintu pagar utama sekolah.
Siasatan awal mendapati van tersebut baru selesai menghantar barang di kawasan sekolah sebelum insiden berlaku.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang merupakan murid sekolah berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan organ dalaman, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemandu van berusia 60 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pemandu telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya.