Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Jutawan kosmetik tersebut yang sering dikaitkan dengan kontroversi panas seringkali menjadi tumpuan ramai. Kebahagiaan antara pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata kelima turut dipertontonkan melalui video-video lucu mereka berdua.
Namun, baru-baru ini kedua-duanya sering dilihat memuat naik perkongsian luahan sedih seolah menggambarkan kemelut rumah tangga yang sedang bergoyah. Malah, video atau gambar berdua yang sering dipaparkan seperti sebelum ini sudah lama tidak dimuat naik.
Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sekeping gambar beliau bersama anak-anak dan ibunya tanpa kehadiran isteri. ‘Caption’ yang tertera pada gambar tersebut seakan memberi bayangan bahawa hidup bersendirian lebih bahagia tanpa kehadiran pasangan.
Sebelum itu pada sehari lepas, beliau turut memuat naik sekeping gambar beserta luahan sedih perasaannya.
Dalam pada itu, Datin Seri Nur Shahida turut memuat naik satu perkongsian seakan meluahkan rasa hati yang tersimpan sebelum ini.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Datuk Aliff dan isterinya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Moga kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik.
Sumber :Instagram aliffsyukriterlajaklaris