Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Monsun Barat Daya Bermula Khamis Ini - MetMalaysia

Iqbal Yasir
Monsun Barat Daya Bermula
Kredit; Bernama

Monsun Barat Daya Bermula Khamis Ini - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran permulaan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula 14 Mei hingga September ini.

Menerusi kenyataan media Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip yang dimuat naik di laman Facebook, pembentukan awan hujan akan berkurangan sepanjang tempoh ini.

Monsun Barat Daya Bermula 14 Mei Ini

“Sepanjang musim ini, kadar kelembapan udara kelazimannya adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat. Sehubungan itu, negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan fenomena hujan lebat masih berpotensi berlaku di beberapa kawasan.

"Walau bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan ribut petir masih berlaku di kawasan barat Semenanjung, Utara Sarawak dan Barat Sabah, terutamannya di awal pagi berikutan kehadiran fenomena garai badai (squall line)," katanya.

Mengulas lanjut, Hisham menerangkan fenomena garis badai merupakan barisan ribut petir yang terbentuk di Perairan Selat Melaka dan Timur Laut China Selatan apabila berlaku penumpuan angin. Fenomena tersebut mampu berlarutan sehingga beberapa jam.

Dalam kenyataan yang sama, beliau memaklumkan kemuncak monsun berlaku pada Julai hingga September. Berikutan itu, kejadian jerebu setempat dan rentas sempadan berpotensi berlaku jika berlaku pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

“Oleh itu, sebarang pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan bencana jerebu yang akan mencemarkan alam sekitar negara. Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” ujarnya.