Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sebagai seorang isteri, diberi peluang untuk hamil adalah perkara yang paling terindah di dalam dunia ini apatah lagi jika sudah bertahun-tahun menunggu kehadiran cahaya mata untuk menambah seri dalam kehidupan.
Terkini, dalam laman Akaun Instagram pelakon terkenal dalam drama siri Gerak Khas, Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pra-matang seberat 540 gram. Setakat ini doktor sedang memantau anak mereka di wad penjagaan intensif bayi (NICU).
Terbaru, dikatakan suaminya yang mengambil alih penggunaan Instagramnya telah memuat naikkan satu status yang meyentuh perasaan pengguna yang lain tentang pengorbanan yang dilakukan oleh isteri tercintanya.

Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat…Ameen…moga Allah permudahkan.
Tambahan kata-kata Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24 minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya Allah sahaja yang mampu menyelamatkan dia.
Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm-macam berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibagitau oleh doktor, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!!
Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… sekarang ni… rasa mcm…. berdebar-debar jerr… sekarang baby dah dilahirkan, tapi masih ada lagi risikonya…terasa bagai lilin yang buleh padam bila-bila masa je nyawa kami ni.
Mohon ALLAH SWT bg ruang dan peluang utk saya dan Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa saya juga.. Amin





Sumber: Abby Abadi