Jenama kopi MOCCONA bekerjasama dengan ilustrator tempatan, Kirin Sharom dari Bunga dan Bintang Studio, bagi menghasilkan koleksi jurnal eksklusif My Little Worlds of Joy yang dilancarkan sempena penghujung tahun ini.
Koleksi ini hadir menerusi dua rekaan istimewa, iaitu Coffee Break dan Inspiration, yang menggabungkan keunikan aroma kopi MOCCONA dengan ilustrasi kreatif berinspirasikan alam semula jadi.

Kolaborasi berkenaan turut membawa mesej jenama MOCCONA, “Love The World You’ve Created”, selain mencerminkan usaha jenama itu dalam meraikan kreativiti dan menyokong bakat seni tempatan.
Direka khas untuk pencinta kopi, pencipta kandungan dan individu yang gemar berkarya, koleksi jurnal ini mengajak orang ramai meluangkan masa seketika daripada kesibukan harian, mencari inspirasi serta menghargai perkara kecil yang membawa kegembiraan dalam kehidupan.
Pengurus Besar JDE Malaysia, Fiona Tan berkata, detik bermakna dalam kehidupan sering hadir menerusi rutin harian, termasuk ketika menikmati secawan kopi, berehat atau mendapat ilham untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.

“Kolaborasi bersama Bunga dan Bintang ini membolehkan kami meraikan detik-detik kegembiraan kecil, selain memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memberi ruang ke

pada perkara yang paling bermakna dalam hidup,” katanya.
Koleksi My Little Worlds of Joy menampilkan dua rekaan dengan konsep berbeza.
Rekaan Coffee Break mengetengahkan suasana santai dan ketenangan, termasuk momen menikmati aroma kopi kegemaran serta mengambil masa untuk berehat daripada rutin harian.
Sementara itu, rekaan Inspiration pula mengetengahkan kreativiti dan ekspresi diri, dengan menggambarkan bagaimana secawan kopi boleh menemani waktu refleksi, mencetuskan idea baharu serta menyemarakkan minat peribadi.
Orang ramai berpeluang mendapatkan jurnal eksklusif ini sebagai hadiah istimewa dengan pembelian minimum RM28 bagi produk MOCCONA Liquid Espresso atau rangkaian MOCCONA 3-dalam-1 yang ditawarkan dalam perisa Cappuccino dan Caramel Latte.
Penebusan adalah tertakluk kepada stok yang masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai MOCCONA, layari laman web rasmi www.moccona.my atau Facebook MOCCONA Malaysia.
