Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

IKEA dan Xbox Perkenal Koleksi YXSTABY, Perabot Gaming untuk Semua

‘Player two’ mungkin adik-beradik yang sedang menunggu giliran untuk bermain, atau ibu bapa yang tidak faham apa yang sedang berlaku di skrin namun tetap seronok menonton dari sofa. Di kebanyakan rumah, permainan video dinikmati bersama-sama, dalam ruang yang turut perlu memenuhi keperluan setiap penghuni. Menyedari hal ini, IKEA Malaysia melancarkan YXSTABY, koleksi lapan perabot dan aksesori permainan video hasil kolaborasi IKEA dan XBOX, yang boleh didapati mulai 12 November 2026 di IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan, serta di IKEA.my.

Koleksi ini mengembangkan lagi rangkaian permainan video IKEA Malaysia, selain membawa mesej syarikat tahun ini, ‘A place for everything and everyone’, ke ruang tamu, di mana alat kawalan, kabel dan fon kepala sering dibiarkan tanpa ruang storan yang sesuai. Situasi ini tidaklah asing, seperti digambarkan melalui dapatan Indeks Susun Atur Rumah IKEA (IKEA Home Organisation Index)¹ yang pertama. Hampir satu perlima rakyat Malaysia menyatakan barangan elektronik dan kabel merupakan antara yang paling sukar dicarikan ruang storan yang sesuai, manakala satu pertiga berpendapat perbezaan keperluan dalam sesebuah rumah menjadikan urusan mengatur ruang lebih mencabar.

“Sebagai pakar Kehidupan di Rumah, IKEA memahami bukan sahaja keperluan orang ramai, tetapi juga perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka. Kini, permainan video sudah menjadi sebati dengan kehidupan seharian ramai orang, sama ada untuk bersantai, meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, atau sekadar berseronok. Menerusi YXSTABY, kami mahu memberi ruang kepada aktiviti ini di rumah, dengan menyatukan fungsi, keselesaan dan reka bentuk ceria yang dekat di hati para pemain. Lagipun, kehidupan seharian yang lebih baik di rumah seharusnya turut menyeronokkan,” kata Pengarah Peruncitan Negara IKEA Malaysia, Takeshi Murai.

“Kami percaya ruang menjadi bersepah apabila barangan tiada tempatnya. Justeru, koleksi ini memberi tempat tersendiri untuk alat kawalan permainan, kabel dan fon kepala menerusi perabot yang serasi dengan ruang tamu. Ini bermakna, pemain dan mereka yang tinggal bersama dapat menikmati ruang yang sama, baik untuk bermain seketika sebelum makan malam ataupun menghabiskan waktu malam bersama rakan-rakan.”

Dihasilkan oleh IKEA dan XBOX

Setiap item dalam koleksi ini direka oleh pereka IKEA dan XBOX bersama pakar dunia permainan video, berasaskan pengalaman dan pemerhatian daripada kunjungan ke kediaman di mana permainan video menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Keperluan pemain video dan penghuni lain turut diberi perhatian, agar perabot yang dihasilkan selesa dan sesuai untuk dinikmati bersama di rumah.

Koleksi ini berpandukan ‘Reka Bentuk Demokratik’ (Democratic Design), iaitu falsafah IKEA bahawa reka bentuk yang baik harus dapat dinikmati ramai orang. Menerusi YXSTABY, falsafah ini diperluas ke dunia permainan video dengan produk yang praktikal dan selesa ketika bermain, namun tetap direka dengan teliti dan indah agar serasi dengan kehidupan seharian di rumah. Keseronokan di rumah tidak seharusnya menjadi hak istimewa segelintir sahaja. Justeru, penyelesaian ini ditawarkan pada harga berpatutan agar dapat dinikmati seramai mungkin orang.

Malam Permainan Video Kini Beralih ke Ruang Tamu

Beberapa item direka agar mudah dialihkan mengikut keperluan isi rumah. Antaranya ialah meja TV beroda (RM399), yang pertama seumpamanya dibangunkan oleh IKEA. Meja ini boleh digerakkan ke mana-mana sahaja dan mempunyai ruang storan di bahagian belakang bagi peralatan. Meja sisi beroda (RM499) pula dilengkapi pintu gelangsar dan ruang mengecas peranti, supaya semuanya sentiasa dekat dan mudah dialihkan apabila ruang itu diperlukan untuk aktiviti lain.

Bagi yang lebih suka bermain di satu sudut yang tetap, kaki monitor (RM99) boleh menampung satu atau dua skrin pada kedudukan lebih tinggi, dengan ruang storan di bawah serta pemegang untuk telefon, fon kepala dan alat kawalan. Sokongan komputer riba dengan ruang storan (RM99) pula memastikan alat kawalan, kabel dan perkakasan tersusun di satu tempat, manakala penutupnya boleh dijadikan kaki komputer riba apabila perlu bekerja dari rumah.

“Setiap rumah dikongsi oleh penghuni dengan keperluan dan rutin yang berbeza, dan permainan video hanyalah salah satu daripadanya. Ada yang bermain selepas makan malam, manakala yang lain mungkin bekerja menggunakan komputer riba atau menonton televisyen bersama keluarga. Perabot dan kelengkapan rumah yang sesuai membolehkan ruang yang sama digunakan dengan selesa oleh semua, tanpa mengira saiz rumah. Itulah yang kami harapkan dapat dibawakan oleh YXSTABY kepada kediaman rakyat Malaysia,” tambah Takeshi.

Waktu Lepak Kini Lebih Menyeronokkan

Untuk saat-saat santai, kerusi santai (RM399) mempunyai ruang storan tersembunyi di bawah supaya peralatan sentiasa mudah dicapai. Bangku thumbstick (RM169) pula dihasilkan menggunakan fail reka bentuk 3D asal alat kawalan dan boleh dicondongkan mengikut pergerakan anda. D-pad pada alat kawalan turut hadir sebagai kusyen sofa (RM59), manakala kotak pameran bercermin (RM99) memaparkan alat kawalan dari setiap sudut, bersama patung kecil dan barangan koleksi.

Koleksi baharu ini menampilkan gabungan garisan lurus dan bentuk yang lebih lembut dalam rona putih, hitam dan kuning air yang bersahaja, sekali gus menyerlahkan kesederhanaan reka bentuk Scandinavia yang dikenali ramai. Poket, ruang gantung dan petak berwarna hijau direka khas untuk menyimpan peralatan permainan video.

Dengan harga bermula RM59, YXSTABY mencerminkan keyakinan IKEA bahawa keseronokan di rumah harus mampu dinikmati semua, agar kediaman yang lebih praktikal dapat dinikmati seramai mungkin orang.

Dapatkan YXSTABY di IKEA

YXSTABY boleh didapati mulai 12 November 2026 di IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan, serta di IKEA.my. Koleksi ini juga akan tersedia di IKEA Kuching mulai 27 November 2026. Apabila setiap barang ada tempatnya, ada lebih banyak ruang untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my atau ikuti IKEA Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan perkembangan terkini.