Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan semula Mforce Oil dikuasakan oleh PETRONAS bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 yang berlangsung di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.
Pelancaran semula ini memperkenalkan Mforce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2, minyak enjin motosikal premium yang dirumus khas bagi memberikan prestasi enjin optimum, perlindungan maksimum serta pengalaman tunggangan yang lebih lancar dan stabil untuk motosikal moden.
Mforce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 ditawarkan pada harga cadangan runcit RM56.00 di Semenanjung Malaysia dan RM58.00 di Sabah & Sarawak, serta dibekalkan dalam botol 1 liter dengan pembungkusan 16 unit bagi setiap karton.
Dibangunkan menggunakan teknologi pelinciran termaju daripada PETRONAS, minyak enjin ini direka untuk mengurangkan geseran dalam enjin, sekali gus menghasilkan pecutan yang lebih responsif dan prestasi enjin yang lebih lancar. Hasilnya, pengalaman tunggangan menjadi lebih bertenaga, stabil dan menyeronokkan untuk kegunaan harian mahupun bagi peminat motosikal.
Formulasi sintetik penuh ini juga direka untuk memberikan perlindungan enjin maksimum, membantu melindungi komponen enjin daripada kehausan, tekanan haba serta penggunaan harian yang mencabar. Ini memastikan enjin motosikal kekal lebih tahan lama, stabil dan boleh dipercayai sepanjang tempoh penggunaan.
Selain itu, minyak enjin ini direka khas untuk motosikal yang dilengkapi sistem klac basah, bagi memastikan penukaran gear yang lebih lancar serta penglibatan klac yang lebih stabil. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan lancar di jalan raya.
Satu lagi kelebihan utama formulasi ini ialah kestabilan terma yang cemerlang, membolehkan minyak enjin mengekalkan prestasi yang konsisten walaupun beroperasi dalam keadaan suhu tinggi serta penggunaan yang intensif. Ini memastikan enjin terus menerima perlindungan yang stabil sepanjang tempoh penggunaan minyak.
Bagi pengedar sah Mforce, Mforce Oil dikuasakan oleh PETRONAS bukan sekadar produk minyak enjin biasa. Ia melambangkan gabungan dua kekuatan utama dalam industri iaitu reputasi jenama Mforce yang dipercayai serta teknologi pelinciran termaju daripada PETRONAS. Sinergi ini memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelanggan dan pada masa yang sama memudahkan pengedar mempromosikan produk penyelenggaraan yang berkualiti dan dipercayai.
Dengan membawa tagline “Unlimited Performance”, minyak enjin Mforce yang dilancarkan semula ini dijangka menjadi salah satu pilihan utama pengguna motosikal yang mencari prestasi, perlindungan serta kualiti yang boleh dipercayai.
Melalui kolaborasi ini, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus melangkah ke hadapan dalam menawarkan produk yang bukan sahaja berkualiti, malah mampu meningkatkan pengalaman tunggangan pengguna motosikal.
Pelancaran semula Mforce Oil dikuasakan oleh PETRONAS ini juga menandakan permulaan kepada satu perjalanan baharu bagi Mforce dalam memperkukuh komitmennya untuk menyediakan penyelesaian penyelenggaraan motosikal yang berprestasi tinggi dan boleh dipercayai kepada komuniti penunggang motosikal.