Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

McDonald’s Malaysia Bawa Kelainan Menerusi Cupsleeve Party

McDonald’s Malaysia telah menganjurkan kempen Yang Hangat Bertemu Yang Hangat menerusi kolaborasi bersama PEACEMINUSONE, jenama fesyen milik ikon K-pop.

Kempen itu turut memperkenalkan menu istimewa Spicy Gochujang McDeluxe yang ditawarkan untuk tempoh terhad. Burger berkenaan merupakan variasi Spicy Chicken McDeluxe yang dilengkapi sos Butter Gochujang bagi memberikan sentuhan cita rasa Korea.

Selain menu baharu, kolaborasi McDonald’s × PEACEMINUSONE turut menampilkan koleksi barangan eksklusif yang terdiri daripada topi vintaj, beg sandang dan set pin. Peminat juga berpeluang mendapatkan photocard eksklusif yang diperkenalkan setiap minggu.

Motif bunga daisi dan logo Golden Arches McDonald’s turut digunakan pada pembungkusan serta dekorasi restoran sepanjang kempen berlangsung.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, McDonald’s Malaysia turut menganjurkan Mekdi Yang Hangat Cupsleeve Party di McDonald’s Pandu Lalu Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Acara berkonsepkan pertemuan komuniti peminat K-pop itu menghimpunkan 100 tetamu yang terdiri daripada 40 pemenang peraduan Instagram, 30 Mekdi Superfans, 20 pencipta kandungan dan 10 wakil media.

Pemenang peraduan dipilih berdasarkan penyertaan kreatif menerusi Instagram Story yang memaparkan minat mereka terhadap K-pop serta alasan mengapa mereka layak menyertai acara berkenaan.

Sementara itu, Mekdi Superfans berpeluang mendapatkan jemputan dengan menebus 8,888 mata ganjaran menerusi aplikasi McD. Tempat diberikan kepada peserta yang membuat penebusan terawal.

Pelbagai aktiviti turut disediakan sepanjang acara, termasuk sesi menghias cupsleeve, permainan muzik interaktif, cabaran trivia, pameran barangan eksklusif dan sudut bergambar bertemakan kempen.

Menariknya, setiap tetamu turut menerima set barangan eksklusif McDonald’s × PEACEMINUSONE bernilai RM250 yang merangkumi photocard eksklusif, selain menikmati Spicy Gochujang McDeluxe secara percuma.