Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagi yang sering berdepan dengan masalah anjing terbiar di kawasan perumahan, mungkin ada satu inisiatif daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang wajar diberi perhatian.
MBS kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026, sebagai usaha mengawal populasi anjing terbiar di kawasan pentadbirannya.
Menerusi program ini, orang ramai yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela boleh menerima insentif sehingga RM50 bagi setiap ekor, bergantung kepada kategori anjing yang diserahkan.
RM50 bagi setiap ekor anjing dewasa
RM25 bagi setiap ekor anak anjing berusia bawah enam bulan
Menurut MBS, inisiatif ini bukan semata-mata menawarkan insentif, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pengurusan haiwan terbiar dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.
Pada masa sama, program tersebut turut bertujuan membantu meningkatkan aspek kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbiran MBS.
Antara syarat utama yang ditetapkan ialah:
Warganegara Malaysia dan menetap di kawasan pentadbiran MBS
Anjing diserahkan dalam keadaan hidup
Tidak mengalami kecederaan serius atau penderaan
Anjing tidak berlesen atau tiada bukti pemilikan
Tertakluk kepada syarat dan peruntukan semasa pihak Majlis
Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 akan bermula pada 24 Ogos 2026.
Bagi kaedah penyerahan, anjing perlu diserahkan secara terus kepada pihak MBS mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan.
Pemohon akan dihubungi pihak Majlis bagi memaklumkan status permohonan serta menerima salinan borang permohonan penyerahan anjing yang telah disahkan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Penyerahan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Wisma MBS boleh dibuat antara:
9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tertakluk kepada perubahan semasa dan pemakluman lanjut daripada pegawai Majlis
Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster program.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban di talian
06-7654246 / 06-7654298.
Menerusi inisiatif ini, MBS berharap kerjasama antara pihak berkuasa dan komuniti dapat membantu mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, selamat dan sejahtera.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan