Kerajaan menyediakan bantuan berjumlah RM2.62 bilion kepada pesawah, dengan setiap hektar sawah menikmati bantuan bernilai sekitar RM4,300 meliputi subsidi benih, baja, racun, upah membajak dan harga padi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut bersetuju menaikkan kadar Insentif Penuaian Padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar bagi setiap musim.
Dalam pada itu, kadar Insentif Pembajakan yang telah dinaikkan kepada RM300 akan dikekalkan dan diperluas kepada pesawah di Sabah dan Sarawak.
Bagi usaha memulihkan serta menyuburkan semula tanah sawah padi, kerajaan turut menyediakan RM20 juta untuk membekalkan baja foliar di lebih 10,000 hektar tanah sawah.
Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

