Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malaysia Tidak Akan Jadi Negara Besar Jika Rakyat Terperangkap Prasangka Kaum - PM Anwar

KAUM
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia tidak akan mampu menjadi sebuah negara besar sekiranya rakyat terus terperangkap dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kekuatan Malaysia terletak pada kesediaan rakyat menerima hakikat bahawa masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan serta kaum lain merupakan sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air dan masa depan yang sama.

“Kepelbagaian bukan kelemahan kita. Ia khazanah dan kekuatan Malaysia.

“Kita harus menyuburkannya sambil bersama-sama membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah, kukuh perpaduannya dan berani melangkah sebagai satu bangsa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, perkara itu ditegaskannya ketika menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka, semalam.

Katanya, semangat berkenaan mencerminkan ‘Wa’ad Malaysia’, iaitu janji dan ikrar untuk mempertahankan hak setiap rakyat selain menghormati bahasa, budaya dan agama masing-masing.

Jelasnya, pendekatan itu penting bagi memastikan tiada rakyat berasa tersisih di bumi sendiri.

Anwar berkata, kepelbagaian masyarakat Malaysia seharusnya terus dipelihara sebagai kekuatan bersama dalam membina masa depan negara.

Intipati
  • Anwar berkata Malaysia tidak akan menjadi negara besar jika rakyat terus berprasangka kaum.
  • Beliau menyifatkan kepelbagaian kaum dan budaya sebagai khazanah serta kekuatan utama negara.
  • Anwar berkata ‘Wa’ad Malaysia’ menekankan hak rakyat serta penghormatan bahasa, budaya dan agama.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan