Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malaysia Tak Akan Jadi Laluan Penghantaran Yang Menyumbang Kepada Keupayaan Ketenteraan Israel - PM Anwar

Ketenteraan Israel
Kredit: Bernama

Malaysia menegaskan pendiriannya untuk tidak membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu kenyataan ringkas di laman X miliknya berkata sebarang penghantaran yang mencurigakan akan tertakluk kepada pemeriksaan dan siasatan mengikut undang-undang Malaysia.

“Pendirian Malaysia adalah jelas dan tegas. Kami tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel serta kekejamannya terhadap rakyat Palestin dan nyawa orang awam lain yang tidak bersalah.

“Sebarang penghantaran yang mencurigakan akan tertakluk kepada pemeriksaan dan siasatan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya didapati berlaku pelanggaran, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Anwar berkata demikian susulan laporan media asing mengenai rampasan beberapa lagi penghantaran yang dilaporkan menuju ke Israel di salah sebuah pelabuhan terbesar negara.

Intipati
  • Anwar menegaskan Malaysia tidak akan menjadi laluan penghantaran menyokong keupayaan ketenteraan Israel.
  • Sebarang penghantaran mencurigakan akan diperiksa dan disiasat mengikut undang-undang Malaysia, katanya.
  • Kenyataan itu menyusuli laporan media asing mengenai rampasan penghantaran dilaporkan menuju Israel.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan