Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Maksud Warna Baju Jururawat Di Hospital Yang Ramai Tak Tahu
Kesihatan merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan kerana ia memberi kesan besar terhadap kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.
Dalam memastikan sistem kesihatan berjalan lancar, pelbagai pihak memainkan peranan penting termasuk petugas barisan hadapan yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
Tugas menjaga dan merawat pesakit bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran, ketabahan serta kecekapan yang tinggi.
Malah, golongan petugas kesihatan juga perlu berdepan pelbagai cabaran setiap hari demi memastikan setiap pesakit menerima rawatan dan perhatian sewajarnya.
Sempena sambutan Hari Jururawat yang diraikan pada 12 Mei setiap tahun, jasa dan pengorbanan golongan jururawat wajar dihargai kerana mereka merupakan antara individu penting dalam sistem kesihatan negara.
Dedikasi serta komitmen mereka dalam menjaga kebajikan pesakit menjadi simbol keikhlasan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.
Hari ini, SK akan kongsikan maksud warna baju beruniform jururawat di hospital kerajaan yang mungkin ramai masih belum tahu.
Barisan hadapan warga kerja kejururawatan kami mewakili jenis-jenis uniform mengikut tugasan:
Penyelia Jururawat — Berbaju Biru Gelap
Mereka adalah tonggak pengurusan dan pentadbiran, memastikan standard penjagaan pesakit dikekalkan di seluruh jabatan atau hospital.

Ketua Jururawat — Berbaju Biru Cair
Peneraju di setiap wad atau unit. Mereka bertanggungjawab menyelia jururawat terlatih dan memastikan operasi wad berjalan lancar setiap hari.
Jururawat Terlatih — Berbaju Putih
Barisan hadapan yang sentiasa berada di sisi pesakit, memberikan penjagaan klinikal secara langsung dan rawatan harian dengan penuh dedikasi.
Terima kasih kepada semua jururawat atas jasa, kesabaran dan pengorbanan anda!