Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Makluman Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Tidak Teraktif Di Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Pada bulan Oktober 2021, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah seperti berikut:

a) Semenanjung : RM 2.90 sekilogram; b) Sabah : RM 2.55 sekilogram; dan c) Sarawak : RM 2.55 sekilogram.

3. LGM ingin memaklumkan bahawa IPG TIDAK TERAKTIF bagi bulan Oktober 2021 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, tiada pembayaran dilakukan untuk tempoh bulan tersebut.