Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majlis Konvokesyen: The TVET Champions 2026 “Martabatkan Kepimpinan Melalui Kemahiran”

Adib Haiqal
The TVET Champions 2026

Majlis Konvokesyen: The TVET Champions 2026 “Martabatkan Kepimpinan Melalui Kemahiran”

Putrajaya, 30 April 2026 - Majlis Konvokesyen: The TVET Champions 2026 yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya menjadi satu manifestasi penting dalam memperkukuh kedudukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai teras pembangunan modal insan Negara.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang menegaskan bahawa TVET kini bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya telah berkembang sebagai pemacu utama inovasi, kepimpinan dan daya saing ekonomi Negara.

Program The TVET Champions merupakan satu inisiatif strategik yang mengiktiraf barisan Pemimpin Industri termasuk Tokoh Korporat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan “Captains of Industry” yang telah dianugerahkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 melalui pendekatan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Menurut beliau, pengiktirafan ini membuktikan bahawa kemahiran TVET bukan sahaja relevan di peringkat pelaksana, malah turut diiktiraf di peringkat kepimpinan tertinggi industri.

Inisiatif ini juga dilihat sebagai pemangkin perubahan dalam memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat serta peningkatan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja Negara.

“Apabila pemimpin industri sendiri mengangkat nilai kemahiran, ia akan mencetuskan kesan domino yang positif kepada organisasi dan keseluruhan ekosistem tenaga kerja,” katanya.

Majlis ini turut mencerminkan sinergi kukuh antara kerajaan dan pihak industri dalam memastikan pembangunan tenaga kerja tempatan yang lebih berdaya saing di peringkat global.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan terus komited memperkukuh kerjasama strategik ini, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selain meraikan pencapaian individu, penganjuran majlis ini juga menandakan satu anjakan paradigma dalam landskap TVET Negara, di mana kepimpinan kini ditakrifkan semula melalui penguasaan kemahiran dan kepakaran.

Sijil yang dianugerahkan kepada para penerima hari ini, khususnya dalam bidang Kepimpinan Korporat (Corporate Leadership), adalah berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang komprehensif dan berimpak tinggi.

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa para penerima telah menguasai lapan (8) Unit Kompetensi utama yang merangkumi keseluruhan ekosistem kepimpinan organisasi.

Majlis Konvokesyen: The TVET Champions 2026 diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus meningkatkan kemahiran, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara yang mampan dan inklusif.