Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LISTERINE® Perkenal ‘Pencuci Mulut’ Dalam Rutin Penjagaan Oral Malaysia

Syamimi
LISTERINE

LISTERINE® Perkenal ‘Pencuci Mulut’ Dalam Rutin Penjagaan Oral Malaysia

Di Malaysia, sesuatu hidangan tidak terasa lengkap tanpa pencuci mulut. Sama ada durian Musang King atau ais kacang, sentuhan terakhir itulah yang menyempurnakan pengalaman. Namun dalam penjagaan oral, ramai rakyat Malaysia sebenarnya berhenti terlalu awal. 

Hari ini, LISTERINE® sebagai jenama ubat kumur No.1 di Malaysia dengan kerjasama Watsons Malaysia, memperkenalkan Kempen “Pencuci Mulut”, yang memberi nafas baharu kepada cara rakyat Malaysia melihat rutin penjagaan oral mereka.

Mengambil inspirasi daripada tabiat makan yang dekat dengan masyarakat tempatan, kempen ini menegaskan bahawa sebagaimana hidangan tidak lengkap tanpa pencuci mulut, rutin penjagaan oral juga tidak lengkap tanpa langkah terakhir iaitu berkumur.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia rajin memberus gigi, realitinya masih wujud satu “jurang tersembunyi” dalam kebersihan mulut. Memberus gigi hanya membersihkan permukaan gigi, yang merangkumi kira-kira 25% daripada keseluruhan mulut. Baki 75% termasuk lidah, bahagian dalam pipi dan gusi masih terdedah kepada bakteria. 

“Kita semua membesar dengan pesanan yang sama, gosok gigi, dan itu sudah mencukupi. Di Malaysia, itu memang amalan biasa,” kata Dr. Kayla, pakar pergigian, semasa pelancaran kempen ini. “Namun secara klinikal, memberus gigi hanyalah langkah pertama. Untuk memastikan kebersihan menyeluruh, rutin perlu dilengkapkan dengan flos dan kumur. Dengan LISTERINE®, kita bukan sekadar menyegarkan nafas, tetapi membantu mengurangkan plak sehingga 5 kali lebih berkesan berbanding memberus gigi sahaja.” 

Turut berkongsi pandangan, Ulrike Zillner, Pengurus Besar Malaysia dan Singapura, Kenvue berkata, “Rakyat Malaysia sangat mementingkan penjagaan diri dan makanan, namun dalam penjagaan oral, kita masih menerima rutin yang tidak lengkap sejak sekian lama. Kempen ini bukan tentang menambah langkah baharu, tetapi mengingatkan semula apa yang sepatutnya menjadi standard iaitu rutin yang benar-benar lengkap.” 

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada rutin harian, LISTERINE® memberikan sehingga 5 kali kuasa pembersihan berbanding memberus gigi sahaja*. Disokong oleh lebih 135 tahun penyelidikan, formulanya membantu mencapai kawasan yang sukar dicapai oleh berus, sekaligus menyokong kesihatan gusi dan kebersihan seluruh mulut. 

Bagi menghidupkan kempen ini, LISTERINE® dan Watsons Malaysia telah menganjurkan acara pelancaran bertemakan durian di Petaling Jaya. Para tetamu bukan sahaja menikmati hidangan ikonik Malaysia, malah turut melalui pengalaman interaktif seperti cabaran kumur dan pemeriksaan plak, yang menunjukkan bahawa rasa segar tidak semestinya bermaksud bersih sepenuhnya.

Sebagai lanjutan, Trak Jelajah “Pencuci Mulut” LISTERINE® akan menjelajah ke universiti, kawasan pejabat dan lokasi tumpuan di seluruh negara. Melalui aktiviti interaktif, pengguna berpeluang memahami dengan lebih jelas keadaan kebersihan oral mereka serta kepentingan melengkapkan rutin harian melalui: 

• Stesen Pemeriksaan Plak : Membolehkan pengguna melihat sendiri sisa plak yang masih tertinggal selepas memberus gigi 

• Permainan Lengkapkan Rutin: Cabaran interaktif untuk memahami urutan penjagaan oral yang betul 

• Zon Kumur LISTERINE®: Pengalaman berkumur yang menyegarkan sebagai langkah terakhir melengkapkan rutin 

Kempen ini turut diperluaskan ke Watsons di seluruh negara melalui zon penemuan dalam kedai serta sesi pensampelan, membolehkan pengguna mencuba sendiri dan memahamI kepentingan melengkapkan rutin penjagaan oral mereka.

Bagi terus menggalakkan perubahan tabiat ini, pengguna yang membeli produk LISTERINE® bernilai RM30 dan ke atas di Watsons juga berpeluang menyertai peraduan pembeli dengan pelbagai hadiah menarik, termasuk: 

• Hadiah Utama: Pengalaman percutian “Pelarian Durian Tropika” bernilai RM5,000 • Hadiah Kedua: Percutian ke ladang durian bernilai RM2,000 

• Hadiah Saguhati: Sabun eksklusif bertemakan Musang King buatan tangan 

Inisiatif ini bukan sahaja memberi ganjaran kepada pengguna, malah menggalakkan mereka untuk menjadikan langkah terakhir ini sebagai sebahagian daripada rutin harian. 

Jadi, pastikan semasa rutin penjagaan oral anda yang seterusnya: Jangan hanya berus. Lengkapkan dengan 'Pencuci Mulut' yang terunggul.