Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Cedera Kereta Dipandu Terlanggar Anak Gajah

anak gajah
Gambar: Video tular via BERNAMA

Lelaki Cedera Kereta Dipandu Terlanggar Anak Gajah

MERSING, 1 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki tersepit dan cedera pada kaki apabila kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam lima meter akibat terlanggar seekor anak gajah di Jalan Felda Nitar di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.28 pagi membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun.

Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender serta Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digerakkan ke lokasi kejadian.

"Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan dan dibawa ke Hospital Mersing menggunakan kenderaan EMRS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor memaklumkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan menghantar anggota bagi melakukan siasatan lanjut.