Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Berhenti Alih Kucing Cedera Di Lebuh Raya, Tindakan Cetus Pujian Netizen

KUCING
Tangkap layar video Threads @ljoyce7

Tindakan seorang lelaki memberhentikan kenderaan untuk mengalihkan seekor kucing yang dipercayai cedera di tengah lebuh raya mengundang perhatian dan pujian netizen.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial selepas dikongsikan seorang pengguna Threads, @ljoyce_7, yang tersentuh melihat keprihatinan lelaki terbabit terhadap haiwan berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan merakamkan penghargaan kepada lelaki itu kerana sanggup berhenti dan cuba membantu kucing yang berada di atas lebuh raya.

“Terima kasih Abang tolong alihkan kucing cedera,” katanya dalam hantaran di Threads.

Pengguna itu turut menitipkan doa buat kucing berkenaan sekiranya haiwan tersebut tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan dialaminya.

“Semoga anak kecil ini sudah pulang ke Pencipta-Nya, ke tempat yang tiada lagi sakit dan penderitaan,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan agar segala urusan lelaki terbabit dipermudahkan selepas mengambil tindakan untuk membantu kucing tersebut.

“Semoga dipermudahkan segala urusan abang yang telah berhenti dan cuba membantu dia,” katanya.

Menurutnya, kejadian berkenaan sememangnya menyentuh hati, apatah lagi apabila orang awam masih menunjukkan keprihatinan terhadap haiwan yang berada dalam keadaan sukar.

“Kadang-kadang kita hanya mampu mendoakan dan berharap agar si kecil kini berada dalam damai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki berkenaan yang sanggup berhenti di lebuh raya untuk membantu kucing tersebut.

Seorang pengguna Threads, @swiftymalaysia, malah menitipkan doa agar segala urusan lelaki itu dipermudahkan.

“Semoga abang pergi kerja balik kerja tak stress, traffic light semua hijau, rezeki melimpah, boss naikkan gaji, beli makanan semua rasa sedap!”

Seorang lagi pengguna, @sky001panzer, turut mendoakan agar lelaki berkenaan sentiasa dilindungi dan diberi rahmat atas keprihatinannya.

“Syurga tertinggi serta saya doakan abang S70 itu dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.”

Sumber:@ljoyce7
Intipati
  • Seorang lelaki berhenti di lebuh raya untuk mengalihkan kucing yang dipercayai cedera.
  • Rakaman kejadian dikongsikan pengguna Threads, @ljoyce_7, sebelum menarik perhatian ramai netizen.
  • Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki itu dan mendoakan urusannya dipermudahkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan