Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Larangan Guna Waze Demi Keselamatan Negara, "Saya Mohon Maaf Andai Menyusahkan Rakyat" - PM

Larangan Guna Waze
Kredit: Anwar Ibrahim

“Saya mohon maaf andai keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik rejim Israel ini menyusahkan rakyat”

Demikian kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam serta kemungkinan pengharaman sepenuhnya aplikasi itu di negara ini.

Larangan guna Waze demi keselamatan negara

Menurutnya, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti dipertahankan.

“Walaupun saya tahu saya dikritik, dikecam kerana terburu-buru dan gopoh.

“Saya kata tak apalah kalau agak menyusahkan beberapa orang, saya minta maaf tetapi bagi saya keselamatan negara lebih penting.

“Apalagi negara kita di antara negara yang keras menentang rejim Israel yang kejam itu. Jadi tentunya tindakan kita itu dipantau.

“Saya percaya lepas ini, semua pengaruh mereka akan digunakan untuk menghentam kita. Tapi janganlah rakyat kita sendiri,” katanya.

Beliau juga mengakui aplikasi TuJu yang dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempunyai kelemahan.

Namun dalam masa yang sama beliau menyarankan orang ramai menggunakan aplikasi lain selain Waze sementara TuJu ditambah baik.

“Walaupun saya tahu TuJu itu ada kelemahan, tapi gunalah yang lain-lain.

“Tapi sabarlah kejap. Carilah jalan, jauh sikit tak apalah. Daripada serah maklumat kepada Israel,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi Waze di Malaysia.

Beliau berkata langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik, lapor Bernama.

Sumber:Threads