Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lagenda Badminton Indonesia, Markis Kido Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Serangan Jantung Ketika Main Badminton

Gambar: CNN Indonesia & Kompas

Bekas pemain badminton Indonesia yang memenangi emas Olimpik 2008, Markis Kido dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari ini (14/6).

Berita tersebut disampaikan oleh bekas penerbit PBSI, Yuni Kartika, memetik CNN Indonesia.

“Ya, Markis Kido telah meninggal dunia,..Saya tidak tahu penyakit yang tepat,” kata Yuni.

Menurut Kompas.com, Markis Kido meninggal dunia dipercayai kerana mengalami serangan jantung ketika sedang bermain badminton.

Markis Kido pernah menyumbangkan pingat emas buat Indonesia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing ketika digandingkan dengan Hendra Setiawan.

Pada 2007, Markis memenangi Kejuaraan Dunia BWF di Kuala Lumpur, Malaysia. Dia juga menyumbang pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Sumber: CNN Indonesia