Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPT Akan Bincang Dengan KKM, SOP Benarkan Pelajar Di Kampus Pulang Ke Kampung – Ismail Sabri

Gambar: Bernama

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa ada kemungkinan pelajar yang berada di kampus akan dibenarkan pulang dengan syarat ada SOP yang ketat dikeluarkan.

Dalam sidang media perkembangan terkini PKP, beliau berkata bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan SOP untuk benarkan pelajar di kampus pulang ke kampung masing-masing

Walaupun begitu, para pelajar juga akan digalakkan untuk mendapatkan saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang ke kampung masing-masing.

Sumber: Bernama