Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPDN Selangor Komited Memperkukuh Pemantauan Perniagaan Di Zon Tumpuan Pelancongan

KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor memperkukuh usaha membudayakan pematuhan dalam sektor pelancongan menerusi pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) KPDN 2026 Peringkat Negeri Selangor.

Iklan

Program ZTPP merupakan inisiatif strategik KPDN untuk mewujudkan persekitaran perdagangan yang telus, berintegriti, selamat dan kondusif di lokasi-lokasi pelancongan utama. Langkah ini dilaksanakan bagi memelihara kepentingan pengguna serta meningkatkan keyakinan pelancong tempatan mahupun antarabangsa terhadap amalan perdagangan yang beretika dan bertanggungjawab.

Majlis Perasmian ZTPP Peringkat Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Rizam bin Haji Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor, bertempat di Golden Palm Tree Resort, Sepang, Selangor, sebagai langkah memperkukuh pematuhan dalam kalangan pengusaha dan peniaga di kawasan tumpuan pelancongan.

Pelaksanaan ZTPP merupakan kesinambungan pendekatan Program Pasar PATUH yang telah dilaksanakan oleh KPDN Selangor di 7 lokasi pasar awam di seluruh negeri Selangor. Melalui ZTPP, pendekatan advokasi, pendidikan dan kerjasama bersepadu tersebut diperluaskan ke kawasan pelancongan dengan memberi tumpuan kepada aspek kebersihan, keselamatan, pematuhan perundangan, penandaan harga dan maklumat barangan, pengurusan premis serta perlindungan kepentingan pengguna.

Sebagai salah satu langkah menyokong pematuhan, KPDN turut menyediakan Tanda Harga PATUH kepada peniaga bagi membantu memastikan harga barangan dan perkhidmatan dipamerkan dengan jelas serta mudah dilihat oleh pengguna.

Pelaksanaan ZTPP turut diperkukuh melalui kerjasama rentas agensi dan komuniti melibatkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang serta para peniaga di sekitar Pantai began Lalang bagi memastikan aspek pematuhan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

KPDN Selangor berharap inisiatif ini dapat diperluaskan ke kawasan tumpuan pelancongan lain di seluruh negeri, sekali gus memperkukuh budaya pematuhan, menggalakkan amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab serta meningkatkan keyakinan terhadap Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan berkualiti.

Sehubungan itu, semua pengusaha dan peniaga diseru agar terus memberikan kerjasama serta menjadikan pematuhan undang-undang sebagai amalan utama dalam menjalankan perniagaan demi memastikan hak, kepentingan dan kebajikan pengguna serta pelancong sentiasa terpelihara.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Negeri Selangor komited untuk terus memperkukuh sinergi bersama Kerajaan Persekutuan menerusi KPDN dalam menjayakan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) 2026.

Melalui pelaksanaan program ini serta sokongan padu semua pihak, ZTPP diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem pelancongan dan perdagangan yang lebih berintegriti, telus serta mesra pengguna.

Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran pengusaha dan peniaga terhadap kepentingan pematuhan undang-undang, menggalakkan amalan perniagaan yang beretika dan persaingan sihat, sekali gus memastikan hak serta kepentingan pengguna dan pelancong sentiasa dilindungi.

Intipati
  • KPDN Selangor melaksanakan ZTPP 2026 bagi memperkukuh pematuhan perniagaan di kawasan pelancongan.
  • Program itu menumpukan kebersihan, keselamatan, penandaan harga, pengurusan premis dan perlindungan pengguna.
  • Pelaksanaannya melibatkan kerjasama UPEN Selangor, MPSp, MOTAC, Tourism Selangor dan komuniti peniaga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan