Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Khuatir Kes Jangkitan Covid-19 Meningkat Susulan Pergerakan Orang Ramai Semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir kes jangkitan Covid-19 meningkat susulan daripada pergerakan orang ramai semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Menerusi sidang media perkembangan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berharap agar orang ramai sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.

“Banyak negara telah pun melonggarkan dari segi kawalan pergerakan dan sebagainya. Jadi kalau kita tak patuh kepada SOP, mungkin kes akan bertambah.

Kita boleh elakkan gelombang kedua atau pun tsunami yang besar ini kalau kita sama-sama patuh kepada SOP”, ujarnya.

Sumber: Bernama