Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kisah Proton Arena Si Pikap Kompak Unik

Azmil
KISAH PROTON ARENA

Kisah Proton Arena Si Pikap Kompak Unik

Kalau kita tengok atas jalan raya banyak trak pikap dari pelbagai jenama termasuk dari Mitsubishi, Ford, Isuzu dan lain-lain lagi.

Maknanya trak pikap ini memiliki peminat dan permintaan yang agak tinggi tapi kenapa tiada trak pikap jenama Malaysia?

Nanti dulu, sebenarnya jenama Malaysia pernah memiliki seakan trak pikap di pasaran tapi lebih mesra disapa kereta pikap yang diberi nama Proton Arena.

Kisah Proton Arena Lahir Tahun 2002

Proton Arena menjadi satu-satunya pikap jenama tempatan sejak dilancarkan pada 2002 sehingga kini.

Sudah 24 tahun sejak dilancarkan, Arena kekal menjadi salah satu model unik jika terlihat menyusuri jalan raya.

Proton Arena tidak dijenamakan semula dari mana-mana model tapi ia dibina atas platform yang sama dengan Proton Wira.

Ruang kargo di bahagian belakang juga telah diubah suai bagi menjadikannya sebuah pikap yang unik.

Trak Pikap Dua Pintu

Sama seperti yang ada dalam pasaran sekarang, Proton Arena datang dengan dua pintu dan dua tempat duduk sahaja.

Strukturnya pula menggunakan kombinasi kerangka monocoque di bahagian depan dan ladder frame di bahagian belakang untuk ketahanan muatan.

Proton Arena juga menggunakan suspension jenis leaf spring yang boleh menyokong beban sehingga 570kg dalam satu masa.

Spesifikasi Enjin

Arena dikuasakan dengan enjin 1.5L 4G15 dari Mitsubishi Orion yang memberi kuasa sekitar 90HP dan 126 Nm tork.

Ia juga menggunakan kotak gear manual dengan transmisi 5-kelajuan.

Tiga Varian di Pasaran

Proton menawarkan tiga varian untuk Arena bagi menyasarkan kepada pengguna yang berbeza.

Freestyle: Varian ini adalah model asas yang datang dengan rim besi dan bar pelindung terbuka yang sesuai untuk kegunaan yang lasak.

Sportride: Varian ini pula dilengkapi dengan roll bar, rim aloi dan aksesori kosmetik yang lebih untuk gaya hidup aktif.

Fastback: Ini adalah varian premium yang lengkap dengan penutup kargo belakang yang menjadikannya kelihatan seperti kereta sedan dari jauh.

Proton Jumbuck

Walaupun Arena kurang mendapat sambutan di Malaysia ketika itu, tapi ia mencatat jualan yang memberangsangkan di pasaran Australia.

Ia menjadi model eksport paling berjaya Proton di Australia kerana harganya yang murah dan tiada pesaing bagi segmen pikap kompak.

Orang Australia menggunakan Proton Jumbuck untuk meluncur ombak di pantai dan peniaga kecil menjadikannya kenderaan perniagaan di kawasan bandar.

Pengeluaran Terhenti

Selepas 7 tahun di pasaran, Proton akhirnya menghentikan pengeluaran Proton Arena kerana faktor keselamatan jadi punca utama.

Ujian pelanggaran yang dibuat di Australia hanya mendapat penarafan 1 bintang dari ANCAP di sana.

Hal ini mencetuskan kebimbangan pengguan tentang keselamatan pikap kompak ini kerana platformnya datang dari tahun 90-an.

Kembali Dicari

Walaupun sudah 17 tahun ia menghentikan pengeluaran, orang ramai kembali mencari Proton Arena dan atas permintaan tinggi, harganya pun kembali meningkat.

Penggemar pikap kompak ini beli dan membuat pelbagai modifikasi untuk dijadikan sebagai hobi dan memandu pada hujung minggu.

Begitulah kisah Proton Arena yang unik. Nak kata gagal tidak, nak kata terlalu berjaya pun tidak. Apa-apa pun keselamatan tetap nombor satu.