Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kini Yang Tinggal Hanyalah Doa & Rindu, Selamat Berehat Abangku," - PM Anwar

PM Anwar
Kredit: Anwar Ibrahim

Suasana pilu dan sayu mengiringi pengebumian Allahyarham Idrus Ibrahim yang selamat disemadikan pada jam 2.50 petang di Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir mengiringi jenazah Allahyarham abangnya ke tempat persemadian.

PM Anwar iringi jenazah abang

Menerusi hantaran di laman X, Anwar meluahkan rasa berat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

“Berat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sosok yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup, berkongsi suka dan duka serta meninggalkan kenangan yang akan terus hidup dalam ingatan kami.

“Kini yang tinggal hanyalah doa dan rindu yang tidak akan pernah berpenghujung.

“Selamat berehat, abangku, damailah di sana dalam rahmat dan kasih sayangNya,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa serta kata-kata semangat kepada keluarganya ketika berdepan kehilangan tersebut.

“Terima kasih atas setiap doa dan kata-kata yang menguatkan kami saat hati masih berat menerima kehilangan ini, sesungguhnya kehadiran kalian amat bermakna buat kami sekeluarga,” ujarnya.

Intipati
  • Allahyarham Idrus Ibrahim selamat disemadikan pada jam 2.50 petang di Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mengiringi jenazah abangnya ke tempat persemadian.
  • Anwar menzahirkan rasa rindu dan berterima kasih atas doa serta sokongan kepada keluarganya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan