Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Tiba Di Maldives, Mohon Doa Agar Misi Diplomasi MADANI Berjalan Lancar

MALDIVES
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon doa agar misi Diplomasi MADANI beliau sepanjang lawatan rasmi dua hari ke Maldives berjalan lancar.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, lawatan itu bertujuan memperkukuh lagi hubungan persahabatan Malaysia-Maldives yang telah terbina sejak hampir enam dekad, demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Republik Maldives malam tadi untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi atas undangan Presiden Dr Mohamed Muizzu.

“Doakan misi Diplomasi MADANI ini berjalan lancar, sekali gus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Maldives yang telah terbina sejak hampir enam dekad, demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Intipati
  • Anwar Ibrahim tiba di Maldives bagi mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi dua hari.
  • Lawatan itu dibuat atas undangan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, menurut hantaran Facebook Anwar.
  • Anwar berkata misi Diplomasi MADANI bertujuan memperkukuh hubungan Malaysia-Maldives hampir enam dekad.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan