Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) memperkenalkan versi baharu aplikasi mudah alih WCE App yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri digital bagi membantu orang ramai merancang perjalanan dengan lebih efisien serta meningkatkan pengalaman pemanduan di sepanjang Lebuhraya WCE.
Aplikasi yang dinaik taraf ini bukan sahaja menyediakan maklumat trafik masa nyata malah turut dilengkapi fungsi navigasi pintar membantu pengguna mendapatkan laluan terbaik menggunakan WCE ke destinasi pilihan mereka dengan lebih lancar dan praktikal.
Sehingga kini, WCE App telah mencatat hampir 20,000 muat turun, sekali gus memperluaskan akses pengguna kepada maklumat perjalanan dan kemudahan lebuh raya secara digital.

Penambahbaikan ini selari dengan usaha WCE memperkukuh pengalaman pengguna lebuh raya melalui penyampaian maklumat yang lebih pantas, tepat dan mudah diakses, sejajar dengan keperluan mobiliti semasa yang semakin bergantung kepada teknologi digital.
Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk:
Paparan CCTV trafik secara langsung di sepanjang lebuh raya
Ciri “Traffic Update” yang menyediakan amaran insiden masa nyata dan notifikasi penting berkaitan lebuh raya
“WCE Assistant” berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pertanyaan pengguna
“Route Assistant” yang membantu pengguna mendapatkan laluan perjalanan menggunakan WCE ke destinasi pilihan melalui aplikasi navigasi
Kalkulator Kadar Tol untuk mengetahui kadar tol mengikut plaza masuk, keluar dan kelas kenderaan
Navigasi kemudahan lebuh raya termasuk stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), R&R, plaza tol dan telefon kecemasan
Fungsi maklum balas pengguna serta saluran bantuan pelanggan yang dipertingkatkan

Melalui paparan CCTV secara langsung, pengguna boleh memantau keadaan trafik semasa di sepanjang laluan WCE bagi membantu membuat keputusan perjalanan yang lebih baik dan menjimatkan masa.
Sementara itu, ciri “Traffic Update” membolehkan pengguna menerima notifikasi penting secara terus melalui aplikasi termasuk maklumat berkaitan kemalangan, penutupan sementara jalan dan gangguan trafik bagi membantu perjalanan yang lebih selamat dan lancar.
Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, penambahbaikan aplikasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan WCE dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya.

“Kami mahu memastikan pengguna WCE bukan sahaja menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat, tetapi juga mempunyai akses kepada maklumat yang tepat dan mudah pada setiap masa,” katanya.
Versi baharu WCE App turut membantu pengguna meneroka lokasi tarikan pelancongan, mercu tanda bersejarah, hotel dan restoran di sepanjang jajaran WCE dengan lebih mudah. Dengan hanya satu klik pada destinasi pilihan, aplikasi akan memaparkan panduan arah serta navigasi perjalanan secara terus bagi memudahkan perancangan perjalanan dan singgahan.

Pengguna juga boleh mengakses maklumat kemudahan lebuh raya termasuk lokasi stesen pengecas EV, R&R, plaza tol serta telefon kecemasan supaya bantuan dan kemudahan dapat dicapai dengan cepat apabila diperlukan.
“WCE Assistant” berasaskan AI pula menyediakan bantuan digital berkaitan perjalanan, kemudahan lebuh raya dan maklumat asas lain secara lebih pantas melalui aplikasi, manakala Kalkulator Kadar Tol membantu pengguna membuat anggaran kos perjalanan berdasarkan kadar tol semasa.

WCE App yang dipertingkatkan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan lebuh raya serta menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selamat, lancar dan efisien kepada pengguna.
Orang ramai digalakkan untuk memuat turun atau mengemas kini aplikasi WCE melalui Google Play Store dan Apple App Store.