Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kiai Menangis Saat Pimpin Isteri Nazak Ucap Syahadah, Sebelum Dia Turut Meninggal Dunia Sejam Kemudian

Makassar, Indonesia: Seorang lelaki berumur 76 tahun telah meninggal dunia selang 1 jam selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir pada malam (16/8/2020).

Lelaki tersebut berkesempatan untuk mengajar isterinya untuk mengucapkan kalimah syahadah. Lelaki tersebut merupakan seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng dan dikenali sebagai Drs H M Idrus Makkawaru.

Ketika Kiai Idrus mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus terlihat dalam keadaan sangat sedih dan menitiskan air mata, kata-kata daripada Muhammad Yunus, Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng.

Isterinya, Sitti Saniah, 74 telah meninggal dunia pada pukul 8 malam dan sejam kemudian disusuli oleh kematian suaminya Kiai Idrus.

Mengikut laporan perubatan, Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Sepanjang hayat Kiai Idrus, dia banyak menghabiskan masanya dengan beramal kepada Allah S.W.T dan mampu untuk menghabiskan 10 juzuk al-Quran dalam masa 1 hari serta dia sering menyampaikan ceramah di masjid Tua Bantaeng” kata-kata daripada Muhammad Yunus, Ketua Kementerian Wilayah Bantaeng.

Kedua-dua jenazah tersebut telah selamat dikebumikan di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi pada keesokan harinya selepas solat zohor.

Sumber: KOMPAS.com