Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketawa Lepas Campak Anak Kucing Ke Dinding Sambil Disaksikan Anak Lelakinya, Tindakan Wanita Ini Memang Tidak Berhati Perut

Foto: Deadline News/The Sun

Kejam dan tidak berhati perut. Itulah ungkapan yang sesuai diucapkan kepada tindakan seorang wanita yang mencampak seekor anak kucing ke dinding sebelum ketawa atas tindakannya itu.

Iklan

Dalam video yang telah dimuat naik di platform media sosial oleh pengguna bernama Megan Smith itu , wanita tersebut pada mulanya mengusap manja badan haiwan berkenaan, tetapi secara tiba-tiba mencampak kucing tersebut ke bahagian belakangnya sekaligus terkena pada dinding.

Foto: Deadline News/The Sun

Tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah, beliau dan perakam video berkenaan didapati ketawa riang seolah-olah berasakan perbuatan mereka itu kelakar. Hakikatnya, ia langsung tidak.

Megan yang juga merupakan pemilik sebenar haiwan malang berkenaan jelas berasa bengang dengan tindakan wanita tersebut.

“Saya berikan kucing itu kepadanya kerana menyangka ia akan disayangi dan dijaga dengan baik, tetapi ini yang dia lakukan?” katanya.

Tambahnya lagi, “Campak kucing ke dinding sambil ketawa depan anak kemudian kirimkan ke Snapchat dan dia beri alasan mabuk? Tidak boleh diterima sama sekali.”

Dalam satu kiriman lain, Megan memberitahu bahawa kucing itu kini selamat dalam jagaan beliau dan Jabatan Pelindungan Haiwan dan pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Lebih malang lagi buat suspek, seorang wanita yang mengaku sebagai kakaknya telah memberitahu bahawa dia sendiri telah membuat laporan polis terhadap adiknya.

“Dia tidak akan terlepas dari perbuatan yang dilakukan ini.” tegasnya.

Sumber: The Sun UK