Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Api Rempuh Bas Mini Sekolah, Beberapa Orang Dilapor Maut

Sofea
Kereta Api Rempuh Bas
Kredit: AFP

Kereta Api Rempuh Bas Mini Sekolah, Beberapa Orang Dilapor Maut

Beberapa orang dilaporkan maut selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah di Belgium, menurut laporan media tempatan pada Selasa.

Memetik laporan CNN, pihak berkuasa tempatan di Buggenhout, utara Belgium, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa satu kemalangan jalan raya serius berlaku di bandar itu kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan.

Kredit: AFP

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai jumlah mangsa masih belum didedahkan.

Menteri Kehakiman Belgium, Annelies Verlinden, menerusi hantaran di X berkata kemalangan itu melibatkan sebuah bas sekolah.

Kredit: AFP

Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan sebuah bas mini terbalik di sebelah landasan kereta api.

“Tiada kata-kata mampu menggambarkan kemalangan di Buggenhout, yang melibatkan sebuah kereta api dan bas sekolah,” katanya.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber:CNN